Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ini Kata Ibu Ronaldo...

IBU Cristiano Ronaldo akhirnya bersuara selepas perpindahan anaknya bernilai £99.3 juta (RM526.5 juta)...

350 Penghuni Rumah Panjang...

MIRI – Seramai 350 orang penghuni Rumah Panjang Usek Sumpit, Sungai Keriok daerah...

SEGERA: 3 Dipercayai Tertimbus...

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) memaklumkan satu kemalangan telah...

Cradle Fund, Microsoft Bangunkan...

KUALA LUMPUR : Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), agensi di bawah Kementerian...

Sharifah Amani Dedah Pernah Tolak Tawaran RM1 Juta

PELAKON, Sharifah Amani mendedahkan dia pernah ditawarkan bayaran lumayan berjumlah RM1 juta dengan syarat dia perlu menjadi duta produk pemutih kulit.

Pendedahan tersebut dikongsi oleh Amani menerusi beberapa kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter miliknya, baru-baru ini.

Kata pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya itu, dia bagaimanapun menolak tawaran itu atas dasar tanggungjawab terhadap masyarakat.

Meskipun teruja dengan ganjaran itu namun pelakon wanita itu rela dan bersedia melepaskannya kerana enggan dianggap dia hanya mementingkan diri sendiri.

“Saya terfikir, sedapnya duit itu. Tetapi, mama, Fatimah Abu Bakar menegur, saya berkulit cerah kerana genetik dan bukan disebabkan krim tertentu.

“Katanya lagi, kulit orang Asia mana putih seperti Mat Saleh. Produk itu ada peluntur dan bahaya untuk kesihatan.

“Saya tidak akan terima tawaran sebagai duta sesuatu produk selagi tidak cuba sendiri. Mama ajar, jika mahu berkongsi kepada umum mengenai kebaikan sesuatu produk, saya harus cubanya dahulu.

“Itu tanggungjawab kita. Jika mahu meyakinkan orang untuk beli, kita kena yakin dahulu. Saya tolak tawaran itu dan terpaksa melupakan wang RM1 juta. Tetapi, mama meyakinkan saya rezeki ada di mana-mana,” katanya seperti dipetik BH Online, hari ini.


Dalam pada itu, aktres yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2014 juga menegaskan duit bukanlah segala-galanya tetapi tanggungjawab terhadap masyarakat adalah lebih penting.

Pada masa sama, Sharifah Amani turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki ibu yang sentiasa membuka minda dan menasihatinya supaya tidak mudah gelap mata menerima sesuatu tawaran.

“Integriti tidak membayar bil. Lebih baik kita mencari wang tanpa perlu menjadikan orang lain sebagai korban.

“Persoalannya, sanggupkah kita memperjudikan harga diri? Hormati diri. Mungkin kerana itu saya tidak akan kaya dan sentiasa ‘sendu’,” kata Sharifah Amani secara berseloroh.

Sehingga kini, perkongsian tersebut dilihat terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen terutamanya di laman Twitter. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori