Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Koperal Polis Mengaku Tak...

KUALA TERENGGANU - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Polis Buru Seorang Suspek...

MUAR - Polis menahan tiga lelaki dan sedang memburu seorang lagi yang disyaki...

JPP Bukan Jentera Bawa...

KUALA TERENGGANU ā€“ Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bukanlah ejen untuk agenda politik Barisan...

Langkawi Bakal Miliki Zipride...

LANGKAWI - Sektor pelancongan Langkawi akan berada di 'puncak tertinggi' jika minat sebuah...

Sifar Aduan Kebersihan Bazar Ramadan Pahang

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Pahang tidak menerima sebarang aduan berkaitan kebersihan atau keracunan makanan akibat juadah bazar Ramadan setakat ini, kata Pengarahnya, Dr. Sha’ari Ngadiman.

Beliau menambah pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan pihaknya di bazar Ramadan seluruh negeri juga mendapati peniaga makanan mematuhi semua aspek kebersihan yang ditetapkan, termasuk pemakaian sarung tangan.

“Terdapat 140 kakitangan jabatan bertugas untuk memantau kebersihan bazar Ramadan tahun ini, yang dilakukan setiap hari termasuk pada cuti umum, melibatkan bazar di semua daerah.

“Setakat ini, selain tiada aduan daripada orang awam dan pihak kami juga masih tidak mengeluarkan notis amaran menunjukkan peniaga semakin faham dengan pematuhan aspek kebersihan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Dr. Sha’ari berharap semua peniaga meneruskan amalan kebersihan itu dalam tempoh puasa yang berbaki lagi kira-kira dua minggu dan menasihatkan orang awam untuk prihatin dengan kebersihan dan keselamatan makanan yang dibeli. – BERNAMA

Kategori