Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

51 Vesel Nelayan Laut...

KOTA KINABALU - Sebanyak 51 vesel nelayan laut dalam telah dilesenkan Jabatan Perikanan...

‘Tidak Lagi… SPRM Tak...

PUTRAJAYA : Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad...

Jepun, Mexico Henti Import...

SAO PAULO - Kedutaan Jepun di Brazil semalam menggantung import ayam dan produk...

Mahkamah Tolak Permohonan Peguam...

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis menolak permohonan peguam Hisyam Teh...

Siti Sarah, Shuib Tunai Umrah Bersama Buat Kali Pertama

PASANGAN selebriti terkenal, Siti Sarah dan Shuib meluahkan rasa syukur apabila impian mereka untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah akhirnya dimakbulkan.

Menurut pemilik nama sebenar Siti Sarah Raisuddin itu, dia pernah ke Makkah kira-kira 13 tahun lalu bersama ahli keluarga namun ini adalah pengalaman pertama untuk Shuib.

“Ketika ke sana dahulu, saya masih terlalu muda dan tidak tahu apa-apa. Kali ini perasaan itu berbeza. Saya agak gementar dan dalam masa sama begitu teruja untuk lihat Tanah Suci sekarang.

“Lebih mengujakan apabila saya dapat pergi bersama-sama dengan suami untuk kali pertama,” ujarnya dipetik daripada sebuah portal Online, hari ini.

Sementara itu ditanya mengenai doa dan harapan, Sarah dikatakan enggan berkongsi mengenai doa yang ingin dipanjatkan sepanjang mengerjakan ibadah umrah.


“Sudah pasti saya akan mendoakan kesejahteraan semua orang dan keamanan negara kita. Selebihnya, terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” ujar Sarah ringkas. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori