KUALA LUMPUR – Bekas pemain profesional Mobile Legends Mysterious Assassins (MyA) Mohd Faris ‘Soloz’ Zakaria kini sah menyertai AirAsia Saiyan.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Soloz berkata keputusan berhijrah daripada pasukan MyA itu adalah bagi memberi fokus sepenuhnya untuk menjadi pemain profesional sepenuh masa Mobile Legends bersama AirAsia Saiyan.
“Selepas pengakhiran Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura baru-baru ini, datanglah motivasi dalam diri saya untuk mebina kerjaya dalam Mobile Legends.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang untuk membina kerjaya e-sukan bersama AirAsia Saiyan.
“Saya berharap dengan jadual pemain baharu dalam pasukan ini dapat meningkat prestasi permainan kami dalam pertandingan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Soloz bersama Mohd Zulshahrin ‘King Zyzz’ Zulkifli, Muhd Hilmi ‘Sh4dow’ Abdul Halim dan Mohd Haqqani ‘2ez4jepv’ merupakan antara tonggak utama MyA sejak ia ditubuhkan pada Oktober 2016. – ASTRO AWANI