Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gambar: Fad Bocey Tengah...

BAGI pengemar rancangan realiti Maharaja Lawak Mega 2014, pastinya cukup mengenali kumpulan Bocey...

Polis Selangor Tumpas Tiga...

SHAH ALAM – Polis Selangor berjaya menumpas tiga sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang...

Maszlee Seru Contohi Utusan...

ALAHAI... Bulan Julai lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dikutuk netizen kerana pegawainya biadab...

Remaja Bertatu Dapat Hidayah...

ALHAMDULILLAH..sesungguhnya Allah s.w.t Maha Besar dan Maha Mengampuni.Hidayah dan petunjuk-Nya sememangnya untuk sesiapa...

SPR Jawab 10 Fitnah Tular Hari Pengundian PRU14

BELUM pun habis tempoh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pelbagai fitnah dan tohmahan melulu telah timbul yang sengaja disensasikan pihak tidak bertanggungjawab bagi menyebarkan agenda jahat mereka.

Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah, dalam sidang akhbar yang diadakannya hari ini tampil menjawab beberapa fitnah dan isu-isu yang berbangkit pada hari pengundian ini.

Berikut merupakan 10 jawapan SPR untuk fitnah dan isu yang tular pada hari pengundian hari ini :

1. Kertas undi tidak ‘dicop’

Mungkin berlaku kesilapan di pihak petugas SPR di pusat mengundi. Namun, Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan ejen-ejen calon yang bertugas akan membuat pertimbangan sama ada untuk menerima undi tersebut ataupun tidak.

2. Kertas undi dimasukkan dalam kotak yang salah

Sekiranya berlaku kesilapan, KTM dan ejen calon boleh menyelaraskan semula semasa perkiraan. SPR memohon orang ramai jangan sensasikan perkara yang boleh diselesaikan oleh RO.

3. Kesesakan beratur panjang

Berlaku ekoran kebanyakan pengundi keluar serentak waktu pagi. SPR mendapati ramai pengundi keluar awal kerana terpengaruh dengan mesej tular bahawa akan ada pihak yang mengundi untuk mereka sekiranya lewat selain faktor ramalan cuaca yang menunjukkan hujan pada sebelah petang.

4. Undi pos tidak sampai

SPR menerima aduan bahawa ada pengundi pos yang tidak menerima kertas undi serta beberapa isu lain yang berbangkit. SPR memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan lanjut.

5. Kertas undi dibawa keluar

SPR meminta saksi kejadian untuk membuat laporan polis supaya kes ini boleh disiasat oleh pihak polis. Setakat ini SPR masih belum menerima aduan. Sekalipun ada aduan, siasatan hanya boleh dijalankan oleh pihak polis.


6. Pengundi berseluar pendek dilarang masuk

SPR sudah keluar kenyataan bahawa tiada sebarang etika berpakaian ditetapkan selain daripada melarang pakaian yang memaparkan logo parti politik. Jika berlaku, ia kejadian terpencil dan SPR meminta pihak tersebut membuat laporan.

7. Tidak boleh mengundi selepas pukul 5 petang

SPR sudah beri taklimat kepada semua petugas bahawa waktu mengundi bermula pada pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang. Selepas pukul 5 petang, waktu sudah tamat.

8. Negara pemerhati

SPR sudah mengeluarkan kenyataan tentang negara pemerhati yang terlibat dengan PRU14. Orang ramai diminta tidak memperkecil kredibiliti wakil negara-negara yang terlibat kerana mereka berpengalaman mengendalikan pilihan raya di negara masing-masing.

9. Setiap aduan perlu disertakan laporan polis

Setiap aduan yang dibuat perlu disertakan bersama-sama dengan laporan polis supaya pihak polis kemudian boleh menjalankan siasatan lanjut.

10. Berhati-hati dengan mesej palsu yang tular

SPR menjangkakan mesej palsu akan terus tular. SPR berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan setiap perkara yang tular kerana ia bertujuan untuk menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengundi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori