Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengendali Nasi Kandar Line...

PENGENDALI restoran popular Nasi Kandar Line Clear diberi tempoh tiga minggu untuk mengosongkan...

Remaja Lelaki Ditahan Sedang...

KEPALA BATAS - Seorang remaja yang sedang mencuri wayar elektrik di sebuah rumah...

KPWKM Kesal Zahid Bangkit...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kesal dengan tindakan Presiden...

Umat Islam Malaysia Sambut...

KUALA LUMPUR - Sebagaimana dijangkakan pelbagai pihak, umat Islam di Malaysia sah bakal...

SPR Menafikan Dakwaan Manipulasi PRU14

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan Bersih 2.0 kononnya suruhanjaya itu memanipulasi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk memenangkan pihak tertentu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menegaskan bahawa semua proses PRU14 telah dilaksanakan dengan telus dan adil tanpa sebarang unsur manipulasi terhadap mana-mana pihak.

“SPR tidak pernah bertindak campurtangan dalam semua urusan termasuk semasa proses pengiraan dan penjumlahan kertas undi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hashim berkata pada hari pengundian awal dan pengundian biasa, semua proses dikendalikan oleh petugas pilihan raya yang dilantik dalam kalangan orang awam berjumlah 259,000 orang dan ia turut disaksikan oleh semua ejen yang dilantik oleh calon atau parti yang bertanding

Katanya keputusan penuh PRU14 yang berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) dan berlakunya peralihan kerajaan secara lancar dan teratur jelas membuktikan bahawa PRU14 telah dijalankan secara telus dan adil.


Dalam hal ini, Mohd Hashim berkata SPR bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi membuktikan bahawa tidak berlaku sebarang manipulasi atau penyelewengan semasa proses PRU14. – BERNAMA

Kategori