PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menghubungi seorang lelaki bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes ejen tipu insurans.
SPRM dalam kenyataan berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Muhammad Nukman Mustapha, 35, dengan alamat terakhir di L-32, Jalan Berlian, Taman Perwira, Gombak Setia, 53100, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Noornabilah Mohd Aziman di talian 03-88700457. — BERNAMA