KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan serentak di tiga lokasi berbeza yang melibatkan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, semalam.
Menurut sumber SPRM, serbuan yang bermula 12.30 tengah hari itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.
“Serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah. Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Kata sumber itu lagi, SPRM turut menyita sejumlah wang tunai di salah satu lokasi pemeriksaan.
Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan. – BERNAMA