Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Khidmat Ronaldinho RM618,000 Sebulan

KUALA LUMPUR - US$150,000 atau RM618,000 sebulan. Itu bayaran yang dilihat mampu ‘menarik’...

Hanya Import Plastik Bersih...

SHAH ALAM - Malaysia hanya membenarkan pengimportan plastik terpakai bagi tujuan kitar semula...

Neelofa, Suami Beri Keterangan...

NILAI - Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor (Neelofa) dan suaminya, Muhammad Haris...

“Menari Untuk Suami, Biarlah...

MAJLIS perkahwinan pastinya akan menjadi detik yang paling indah sekali bagi setiap pengantin...

SRC International: Najib Disiasat SPRM Lebih 4 Jam

DATUK Seri Najib Tun Razak keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 3.15 petang hari ini setelah disiasat lebih empat jam.

Bekas Perdana Menteri itu diambil keterangan berhubungan kes SRC International Sdn. Bhd. yang bermula sejak jam 10 pagi sehingga 2.15 petang.

Najib ketika ditemui media berkata, beliau akan kembali semula ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes itu pada Khamis ini.

Katanya, beliau telah memberi kerjasama dengan baik dengan memberi keterangan di samping mengemukakan dokumen kepada SPRM.

“Keterangan hari ini adalah lanjutan kepada keterangan dibuat berhubung kes sama pada 2015.

“Sebahagian besar keterangan saya sudah selesai dan ingin diucapkan terima kasih kepada pasukan yang mengambil keterangan saya kerana melakukannya dengan cara profesional.

“Kenyataan saya memakan masa antara 10 pagi hingga 2.15 petang dengan rehat selama setengah jam,” katanya memetik Harian Metro.


Terdahalu, Najib tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.45 pagi sambil diiringi peguamnya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Beliau menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih dengan menggunakan nombor pendaftaran QMN11 sambil diiringi dua kenderaan lain termasuk anggota polis.

Najib yang berpakaian kemeja biru sebelum itu disambut media tempatan dan antarabangsa yang menunggu seawal 8.00 pagi tadi untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung siasatan keatasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori