SELAIN menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan cara turun mengundi, membawa kedua-dua isteri pergi mengundi turut merupakan satu tanggungjawab bagi Datuk Red.
https://www.instagram.com/p/BiiwfubA3Ju/?taken-by=dato.red
https://www.instagram.com/p/BijBCJJgNUp/?taken-by=dato.red
Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu hari ini telah berkongsi kerenah kedua-dua isterinya ketika dia membawa mereka ke tempat mengundi masing-masing.
Gelagat suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu telah mendapat perhatian ramai apabila dia telah dipuji oleh netizen kerana bersikap adil kepada kedua-dua isterinya.
Baginya, tanggungjawab bukan sahaja terletak kepada mengundi tetapi sebagai suami, dia turut perlu menunaikan tanggungjawabnya dengan membawa Adira dan isteri pertamanya ke lokasi mengundi.
“Tanggungjawab sebagai rakyat, kita undi… tanggungjawab pada isteri bawak dia pergi undi dan sekarang giliran isteri yang kedua pula kita bawa.
“Baru boleh jadi pemimpin huhuhu #datoredhensem #pru14 3partipoligami #pujidirisendiri,” tulisnya.
Rata-rata netizen memuji sikapnya dan menyifatkan dia sebagai seorang suami yang bertanggungjawab walaupun sudah mengamalkan poligami. –Â MYNEWSHUB.CC/AH