Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PM Najib Lawat Pemain...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan...

Shabery Anggap DAP Sebagai...

CHUKAI – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shabery Cheek menyifatkan DAP sebagai...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas...

KUALA LUMPUR - Setakat ini Wisma Putra menjelaskan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas...

Nasi Daging Kawah Pak...

PENDANG - Nasi daging jika kena cara, mampu membangkit selera peminatnya. Itulah keunikan di...

Sultan Johor Rasmi Pecah Tanah Kolam Selam GGK

MERSING – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kolam Selam Tempur 21 Grup Gerak Khas (GGK) di Kem Iskandar di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada 3 petang disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Muhamed Noor dan Ketua Staf Am 21 GGK, Brig. Jen Datuk Jamaludin Jambi.

Kolam yang berkeluasan 30,000 kaki persegi dan dijangka siap dalam tempoh setahun itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti stor peralatan skuba, stor pakaian penyelam, ruangan pejabat dan bilik perubatan.

Ia akan digunakan oleh GGK untuk melatih anggotanya dalam kemahiran selaman, kepakaran ‘underwater demolition’ dan juga menjadi anggota perenang tempur.

Sebelum ini mereka terpaksa dilatih di kawasan perairan terbuka yang terdedah kepada risiko tinggi berbanding di dalam kolam selam tempur yang boleh dikawal dan diselia oleh jurulatih sedia ada. – BERNAMA

Kategori