Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pahang Optimis Tarik 15...

KUANTAN - Jumlah kehadiran pelancong ke Pahang dalam tempoh enam bulan pertama tahun...

Bekas Suami Terkejut, Raja...

Sah bercerai dengan bekas suaminya pada tanggal 25 Mei lalu, pelakon filem Salon,...

Gerakan Persoal Keperluan Tubuh...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang hari mempersoalkan keperluan kerajaan negeri pimpinan DAP...

Haziq Ada 14 Hari...

KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin PKR memberi tempoh 14 hari kepada Ketua Angkatan...

Sultan Selangor Berkenan Rasmi Masjid Al-Hidayah

TANJUNG KARANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Al-Hidayah Batu 4, Kampung Sungai Terap di sini.

Baginda tiba di perkarangan masjid itu kira-kira 6 petang dengan diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Masjid itu, yang dibina pada 1985 di kawasan seluas tiga ekar milik kerajaan, mampu menempatkan 700 orang jemaah pada satu-satu masa.

Ia dibina dengan kos hampir RM700,000 dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk bilik mesyuarat dan tempat letak kenderaan.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM500 seorang kepada 450 penerima daripada golongan fakir, miskin dan mualaf yang tinggal di daerah ini.


Baginda kemudian berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama-sama jemaah. – BERNAMA

Kategori