Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pratempahan Galaxy S8 Bermula...

SAMSUNG hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaharunya, Galaxy S8 dengan reka bentuk...

Gatlin Catat 9.77s; Masa...

BRUSSELS - Bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Justin Gatlin merakamkan masa terpantas,...

Pesaka Harap Semua Sekolah...

MELAKA - Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) berharap semua sekolah menengah dan rendah...

Alibaba Ambil Alih Syarikat...

HONG KONG - Firma e-dagang utama China, Alibaba Group Holding Limited, menandatangani perjanjian...

Sultan Selangor Tidak Pengaruhi Agong Lantik PM

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak terlibat sama sekali dalam mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan seorang Perdana Menteri.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda kesal dengan laporan tidak benar yang tular di media sosial mengaitkan baginda dengan campur tangan dalam pelantikan jawatan Perdana Menteri.

“Justeru, baginda sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak mudah mempercayai berita-berita palsu di internet atau media sosial yang bertujuan untuk mewujudkan ketegangan antara pihak istana dengan kerajaan negeri atau persekutuan, dan mengganggu-gugat keharmonian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh di Istana Negara hari ini, selepas Pakatan Harapan yang dipengerusikannya menyatakan mempunyai sokongan kira-kira 135 Anggota Parlimen termasuk daripada kalangan anggota Parti Warisan dari Sabah.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – BERNAMA

Kategori