SATU rakaman memaparkan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz sedang tekun membaca ayat suci Al-Quran ketika hendak menidurkan anaknya mendapat perhatian netizen.
Menerusi video dimuat naik di akaun Instagram milik isterinya, Bella Astillah jelas menyaksikan Aliff yang pernah terkenal menerusi lagu Sayang Sayang itu membacakan surah Ar Rahman kepada anak mereka, Ayden Adrean.
Menerusi perkongsian berkenaan juga, bapa yang berusia 27 tahun itu dilihat membacakan surah berkenaan dengan cukup merdu serta berhati-hati dalam menjaga tajwid dan makhrajnya.
Ternyata rakaman itu dilihat mendapat pujian netizen yang mana rata-rata menghujani ruangan komen perkongsian berkenaan dengan kata-kata pujian kerana kagum melihat kelancaran bacaan Aliff.
Malah, terdapat juga segelintir pihak yang dilihat memberi pelbagai nasihat dan mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.
Sehingga kini, rakaman tersebut dilihat telah menerima lebih daripada 14,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian ramai. – MYNEWSHUB.CC/AM