Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Barangan Keperluan Musim Perayaan...

RAUB – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang memberi jaminan...

Pulau Pinang Negeri Pertama...

GEORGETOWN : Pulau Pinang menjadi negeri pertama sebagai rakan kongsi rasmi MATTA Online...

Keluarga Gadis 18kg Didakwa...

KEMAMAN - Bapa, ibu tiri dan dua adik-beradik kepada gadis berusia 22 tahun...

MIC Perlu Selesai Kemelut...

KUALA LUMPUR - Pemimpin MIC perlu menyelesaikan kemelut yang dialami oleh parti itu...

Syamsul Debat Mudah Didampingi Rakyat

SEREMBAN – Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat seorang yang mudah didampingi masyarakat dan sesuai untuk dilantik sebagai wakil rakyat.

Hirdawati Mohammad Ashaari, 45, berkata Syamsul Debat merupakan seorang yang berwibawa serta pandai dalam pergaulan tidak kira bersama yang muda ataupun tua dan ciri seperti ini sepatutnya perlu ada sekiranya hendak bergelar pemimpin.

“Walaupun sebelum ini beliau aktif dalam kerjayanya sebagai penceramah motivasi namun tidak menggunakan popularitinya untuk meraih undi malah beliau melawat seluruh kawasan di Sikamat untuk berjumpa pengundi dengan hanya menaiki motosikal.

“Rata-rata penghuni di kawasan kediaman saya semuanya berasa senang apabila Syamsul Debat hadir bertemu kami dan perwatakan beliau yang peramah membuat kami berasa selesa bagaikan tiada jurang antara pemimpin dan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sepetang Bersama Calon di sini, hari ini.

Jurutera Mekanikal Mohd Shupian Malek, 42, berkata ketokohan Syamsul Debat dapat dilihat dengan sangat jelas pada Perhimpunan Agung UMNO dahulu apabila beliau berucap dengan menegur pemimpin lain di dalam parti dan tegurannya mungkin dalam bentuk jenaka namun mesej yang hendak disampaikan itu diterima.

“Calon yang berani menyuarakan perkara yang salah inilah sangat sesuai untuk menjadi wakil rakyat,” katanya.


Sementara itu, pesara kerajaan Hamid Awalludin, 69, berkata kelantangan Syamsul Debat ketika berhujah merupakan perkara yang sangat disukainya kerana beliau mempunyai ketokohan untuk memimpin dan seorang yang berani.

“Jika dilihat selama ini, saya boleh katakan Syamsul Debat seorang yang sangat neutral kerana sepanjang saya melihat videonya berceramah, beliau tidak pernah mencampur-adukkan politik dalam satu masa dan itu menunjukkan beliau seorang yang profesional.

“Secara keseluruhannya saya amat tertarik dengan perwatakan dan sentuhan peribadi apabila Syamsul Debat menemui pengundi serta berharap agar rakyat bijak membuat pilihan ketika hari mengundi Rabu ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori