Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Umat Islam Perlu Faham...

YAN – Umat Islam di negara ini digesa agar memahami tatacara dan batasan...

Pertama Kali Kes Rogol...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa...

Stacy Dan Akim Teruja...

PELANTUN lagu Romeo, Stacy berkongsi pengalaman berharganya belajar puasa tahun lalu, akui dia...

Apps Memudahkan Pelancong Islam...

PADA tahun 2014, 180,000 pelancong Islam tiba di Taiwan untuk menikmati keindahan luar...

Syed Saddiq Tak Mahu Terpalit Dengan Gosip

SELEPAS dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk seorang pelakon popular, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai untuk fokus kepada apa yang ditawarkan sebagai ahli politik.

Jelas Ahli Parlimen Muar itu, beliau menyertai politik bukan untuk menjadi selebriti dan menyifatkan bahawa penyebaran gosip ini tidak akan menyelesaikan masalah anak muda.

Justeru Syed Saddiq meminta masyarakat untuk memberi tumpuan kepada janji-janji yang telah dilakukan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Tolonglah fokus kepada tawaran saya kepada anak muda iaitu rumah mampu milik, jalur lebar berkelajuan tinggi, penangguhan bayaran PTPTN dan pelan pembangunan untuk jadikan #MuarMutiaraJohor, katanya.

“Please. Gosip tidak akan menyelesaikan masalah anak muda,” tulisnya di laman Twitter.

Syed Saddiq memberikan respons mengenai berita yang tersebar mengenai hubungannya dengan pelakon terkenal Emma Maembong, semalam.

Baca: Emma Maembong Nafi Cuba ‘Tackle’ Syed Saddiq

Terdahulu, Emma menafikan dia cuba memikat Ketua Pemuda Bersatu itu apabila memuat naik gambar bersama di media sosial. Sebaliknya, Emma mendedahkan bahawa dia telah mengenali Syed Saddiq sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, Syed Saddiq turut dikaitkan dengan seorang doktor muda selepas gambar bersama wanita itu tular.

Melalu postingnya itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Syed Saddiq itu namun ada juga yang mempersoal tindakannya membuat penampilan dalam sebuah rancangan hiburan, MeleTOP tempoh hari.


Ujar seorang pengguna Twitter, program televisyen berkenaan tidak membolehkannya bercakap mengenai pelannya membangunkan Muar, tempat yang diwakilinya dalam parlimen.

Justeru, Syed Saddiq kemudiannya membalas tweet berkenaan dengan mengatakan bahawa dia kurang bersetuju dengan pandangan tersebut.

Ujar Syed Saddiq, penampilannya dalam program MeleTOP itu dapat digunakan untuk menyampaikan visinya kepada penonton yang tidak mengikuti politik.

“Saya dengan rendah diri mengatakan rasa tidak setuju. Kita mesti menjangkau masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang politik.

“Melalui platform Meletop, saya dapat gariskan visi saya bagi Malaysia dan anak muda. Pentingnya wujud budaya politik baru. Juga kongsikan nasihat dari Tun Mahathir (mengenai menepati masa),” katanya.

Jelasnya, sebagai ahli politik, dia perlu menyampaikan visinya kepada semua pihak, termasuklah menggunakan cara alternatif seperti muncul di rancangan hiburan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori