Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pemilik Kereta Klon Hanya...

TAIPING - Setelah membelanjakan sehingga puluhan ribu ringgit demi memenuhi keinginan memakai kereta...

Jakim Nafi Khutbah Punca...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa agar tindakan tegas diambil ke...

MSN Kedah Ambil Tindakan...

ALOR SETAR - Majlis Sukan Negeri Kedah akan mengambil tindakan sekiranya ada atletnya...

Wilmar Raih Kejuaraan Berganda...

YAN – Pendatang baharu, Pasukan Sapura Cycling (TSC) meraih kejuaraan peringkat sulung pada...

Syukur Rezeki Lancar Berkat Derma Hati

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail dianggap hero Malaysia atas keberaniannya mendermakan sebahagian hatinya kepada pesakit bengkak hati yang memerlukan.

Namun, bukan populariti atau pujian yang diharapkan oleh Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) itu, sebaliknya reda Allah SWT atas pertolongan ikhlas yang dibuatnya kepada saudara seagama.

Wan Mohd Hafizam, 42, berkata, dia sangat bersyukur kerana pertolongan itu mendapat balasan sewajarnya dan Allah memudahkan urusannya dan melancarkan perjalanan rezeki hingga kini.

“Alhamdulillah pengorbanan itu tidak sia-sia. Saya percaya Allah menghadirkan sesuatu yang baik untuk apa yang kita korbankan atas keikhlasan kita,” katanya ketika ditemui di Kuala Nerus, kelmarin.

Wan Mohd Hafizam hadir pada majlis anjuran Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, selain memperkenalkan Briged Ekuin APM yang baru dibentuk.

Beliau yang kini berkhidmat dalam APM memegang jawatan Pengarah Briged Ekuin APM berpusat di Kuala Lumpur.

“Jika 20 tahun lalu, ramai yang mempersoalkan nasib dan masa depan saya, malah menjangkakan saya bakal menghadapi pelbagai risiko disebabkan keputusan menderma hati yang dibuat.


“Tetapi nyatalah hingga hari ini Allah kurniakan kesihatan yang baik buat saya, tiada kemudaratan… Alhamdulillah, malah lebih istimewa saya merasakan semua urusan kehidupan saya dipermudahkan.

“Dengan tanggungjawab digalas ketika ini, saya juga jadi tenaga pengajar sukan berkuda,” katanya yang aktif sebagai jurulatih sukan berkuda dan menerima jemputan daripada merata tempat termasuk di Singapura.

Mengimbas kisah derma hati pada 1998, Wan Mohd Hafizam membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini yang kini berusia 20 tahun untuk pulih.

Dia menyifatkan keputusan itu yang terbaik pernah diambil sepanjang hidupnya dan berharap lebih ramai rakyat negara sedar kepentingan menderma organ.

“Diakui selepas kisah saya mendapat liputan meluas, ramai yang mula sedar kepentingan derma organ dan selepas saya terdapat lima lagi individu tampil mendermakan organ mereka kepada pesakit yang memerlukan,” katanya. – myMetro Online

Kategori