Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Izzah Dapat Semula Pingat...

CLARK - Bantahan kontinjen Malaysia untuk mendapatkan semula pingat emas atlet gimnastik, Izzah...

Edar Dadah: Lelaki Warga...

SEREMBAN - Dua lelaki warga asing dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Singapura Bina Hentian Bas...

INOVASI... Dua tahun lalu, masyarakat Singapura gempar dengan penemuan saintifik pasukan penyelidik luar...

Emir Qatar, Mahathir Bertemu...

PUTRAJAYA - Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri Tun...

Tahan Pati Mengemis Di Bazar Ramadan

TUJUH pendatang asing tanpa izin (Pati) yang meminta sedekah di beberapa lokasi bazar Ramadan di Kelantan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan dalam Ops Mega, semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kelantan Ruzaana Mohamed berkata, serbuan dilakukan dalam tempoh dua jam bermula 5 petang.

Katanya, semua warga Thailand, Myanmar dan Kemboja termasuk seorang wanita yang ditahan itu berusia antara 24 hingga 58 tahun.

“Ketika ditahan mereka sedang meminta sedekah termasuk ada yang menggunakan kerusi roda di bazar Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kubang Kerian, Kota Bharu dan Wakaf Bharu, Tumpat.

“Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 8(3)(d) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Perraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semua pendatang kini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.


Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Pati terbabit mengambil kesempatan untuk meraih simpati di kawasan tumpuan ramai di bulan puasa.

Menurutnya, operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa membabitkan sektor pembinaan atau premis perniagaan dan bazar Ramadan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya melaporkan segera kepada pihak berkuasa,” katanya. – Metro Online

Kategori