Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cubaan Seludup Daun Ketum...

NARATHIWAT - Seorang pemuda Thailand ditahan polis di Narathiwat ketika menyeludup 117 kg...

Tak Mudah Mahathir, Pembangkang...

BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Isteri Simpan Mayat Suami...

SEORANG wanita yang tidak mahu berpisah dengan suaminya yang telah meninggal dunia, sanggup...

Ragbi Super Six: STAR...

PETALING JAYA - Juara bertahan Kejohanan Ragbi Super Six, Sekolah Tuanku Abdul Rahman...

Tajuddin Mahu Tanding Jawatan Tertinggi UMNO

PASIR SALAK – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, menyatakan hasrat bertanding antara jawatan tertinggi pada pemilihan parti yang bakal berlangsung bulan depan.

Beliau berkata, sebagai ahli UMNO selama 42 tahun, dirinya yakin mampu menyumbang idea dan tenaga sepenuh masa untuk membantu UMNO supaya bangkit semula.

Bagaimanapun, jawatan tertinggi itu hanya akan diumumkannya secara rasmi dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 5.30 petang pada 3 Jun ini.

“Saya sanggup terima jika bahagian-bahagian menganggap saya berkemampuan untuk meneruskan usaha parti dan menyumbang untuk menguatkan parti menjadi gagah perkasa semula.

“Keputusan ini dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian Pasir Salak memberi sokongan supaya saya bertanding satu jawatan tertinggi dalam kepemimpinan dan saya beri komitmen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Bahagian Pasir Salak di sini, tengah malam tadi.

Tajuddin, yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata pemilihan parti itu nanti amat penting kerana mereka yang terpilih akan memandu ahli-ahli UMNO untuk pastikan parti itu kekal relevan.

“Suasana politik dalam UMNO kini berbeza berbanding dulu sejak mengalami prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, apabila semua jawatan (parti) dipertandingkan.

“Keputusan itu memberikan anggota parti lebih banyak pilihan dalam membuat penilaian yang betul supaya menjurus kepada kekuatan parti kelak,” katanya.


Ahli Parlimen Pasir Salak itu yakin anggota kini lebih matang membuat penilaian yang betul dalam memilih pemimpin demi untuk memulihkan parti dan akan mengelakkan berlakunya sebarang perpecahan.

“Kekalahan dialami parti kini bukannya kekalahan UMNO dalam membela nasib rakyat dan membangunkan negara, sebaliknya disebabkan permainan politik pihak lawan.

“Kejayaan dilakukan oleh UMNO tiada siapa dapat menandinginya. Jadi, UMNO perlu bangkit semula dengan berani dan bersungguh-sungguh untuk membela nasib bangsa, agama dan negara,” katanya.

Tajuddin, yang menjadi ahli UMNO selama 42 tahun bermula daripada akar umbi dan menggalas tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian selama 15 tahun sejak 2004, berharap pengalamannya itu akan membantu parti untuk bangun semula.

Jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden UMNO akan dipertandingkan serentak di seluruh negara pada 30 Jun ini sebagaimana termaktub dalam peraturan parti itu. – BH Online

Kategori