Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Pulau Pinang Menipu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang menipu orang ramai apabila mendakwa...

Telefon Android Termurah Mula...

SYARIKAT pengeluar telefon di India, Ringing Bells, telah memulakan penghantaran telefon pintar android 'termurah...

Cuba Nasib, Taylor Swift...

PENYANYI Taylor Swift yang berpisah dengan Tom Hiddleston baru-baru ini dilaporkan menunjukkan minatnya...

MAIS Tak Iktiraf Perkahwinan...

Shah Alam : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak akan mengiktiraf pernikahan individu...

“Tak Perlu Pertikai Persahabatan Kami”

PELAKON baharu, Zahirah Macwilson tidak mahu hubungan persahabatan baiknya dengan aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin disalahertikan memandangklan mereka sudah lama mengenali satu sama lain.

Dilihat semakin rapat dengan Fazura, Zahirah memberitahu bahawa dia telah mengenali pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu sejak dua tahun yang lalu.

Jelas Zahirah, dia sememangnya tidak mempunyai maksud lain atau merancang sesuatu apabila dilihat rapat dengan isteri kepada Fattah Amin itu dan berkata bahawa dirinya ikhlas dalam menjalin persahabatan.

“Kami kenal sudah lama, sejak dua tahun lalu ketika kami sama-sama terbabit dalam penggambaran komersial. Sejak itu, kami berdua menjadi rapat, tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui.

“Jangan salah anggap persahabatan kami kerana mahu berkomplot atau mempunyai maksud lain. Itu tidak benar sama sekali. Kami ikhlas ketika berkawan dan rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan,” katanya memetik BH Online.

Zahirah berkata demikian bagi mengelak orang ramai dari mempersoalkan keakraban kedua pelakon jelita itu di media sosial.

Terdahulu, Zahirah menghadiri majlis Fazbulous Ramadan Fashion Show 2018 anjuran Fazura yang diadakan di Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.


Zahirah baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila hubungan cintanya bersama pelakon J Revolusi, Zul Ariffin yang telah terjalin sejak tiga tahun lalu terputus.

Malah, lebih mengejutkan lagi, perpisahan mereka juga diburukkan lagi dengan beberapa tohmahan yang dikeluarkan terhadap Zahirah selepas hubungan dia dan Zul berakhir.

Ketika ditanya apakah dia sudah bersedia untuk kembali menjalin hubungan cinta selepas ini, pelakon yang sebelum ini pernah membintangi drama Duda Pujaan Dara itu berkata dia tidak menolak perkara itu walaupun baru sahaja putus cinta.

“Ketika ini, saya masih single dan ingin memberikan fokus kepada kerjaya lakonan. Tetapi, itu tidak bermakna sehingga saya mengabaikan keinginan untuk bercinta.

“Jika nanti perasaan itu datang tiba-tiba, saya akan terima. Semuanya sudah tertulis dan saya percaya, jejaka itu akan tiba tepat pada masanya nanti,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori