Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Parkir Di Klinik Pembedahan...

PELIK, janggal dan tidak masuk akal - itulah yang dilakukan oleh sebuah klinik...

Aktiviti ‘Susu Suami’, Terlalu...

BARU-BARU ini, masyarakat Malaysia telah 'dihiburkan' dengan sebuah video viral memaparkan aksi isteri...

Bekas ADUN Wanita Selangor...

SHAH ALAM - Bekas ADUN Selangor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Muhyiddin Kuarantin 14 Hari...

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari,...

Tak Pernah Kenal, Remaja Setuju Kahwin Sepupu Tua

SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan sanggup bernikah dengan sepupunya yang berusia 16 tahun di Indonesia, menurut laporan media tempatan.

Dalam kes yang berlaku di Sulawesi Selatan itu, pasangan tersebut berkahwin kerana dijodohkan oleh ibu bapa masing-masing yang mempunyai hubungan persaudaraan.

Pengantin lelaki yang hanya dikenali sebagai ST dan isterinya RS bernikah di Makassar dalam majlis sederhana di rumah pengantin perempuan di Desa Majannang, Maros Baru, Maros pada Sabtu.

ST adalah adalah bongsu kepada pasangan DB dan DH yang mempunyai enam anak. Dia dikahwinkan oleh orang tuanya kerana adik-beradiknya yang lain sudah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri.

“Mereka berdua ini sepupu. Ibu mereka adik-beradik. Saya nikahkan mereka sebab ibu ST ini selalu sakit-sakit dan tidak ada yang urus. Sebab itu ST dinikahkan dengan sepupunya sendiri supaya ibunya dapat dijaga oleh anak menantunya,” kata bapa ST, Selasa, dipetik Detikcom.

Bagaimanapun, ibu bapa ST sudah 19 tahun merantau ke Kalimantan Selatan. Malah ST lahir dan membesar di sana serta tidak pernah bertemu dengan isterinya sehinggalah hari pernikahan mereka.

“Mereka hanya bertemu ketika berada di sini. Tapi kami tak paksa mereka. Sebelum bernikah kami tanya semua, mereka kata mahu,” katanya.

Bapa keluarga RS, AM, berkata pihaknya menerima lamaran keluarga pengantin lelaki kerana adanya hubungan keluarga.


Katanya, sebelum ini anaknya itu pernah menerima dua lamaran namun ditolak dengan alasan anaknya masih muda.

“Sudah dua orang melamar sebelum ini tapi kami belum terima sebab waktu itu dia sangat muda. Sekarang dia dilamar oleh sepupunya sendiri, kita terima supaya dia dapat menjaga emak saudaranya yang sakit,” kata AM.

Ketika ditemui, pasangan pengantin baharu itu tidak banyak bercakap. Mereka kelihatan malu-malu apabila menerima kunjungan Detikcom.

Bagaimanapun mereka nampak bahagia selepas bernikah. – mStar Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori