Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Video: Pakcik Kopiah Raba...

TULAR di media sosial rakaman video seorang lelaki yang kelihatan warak konon mengambil...

Beribu Hadir Parti Hari...

LAIN yang dirancang, lain yang jadi. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menjadi...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KUALA LUMPUR - Perintah berkurung di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) sejak...

Lelaki Baling Alat Kawalan...

Ampang Jaya : Gara-gara tidak membenarkan bapanya menonton televisyen, seorang lelaki bertindak membaling...

“Tak Takut Ke Dik Tidur Di Belebas Tingkap?”

GARA-GARA mahu elak dimarahi bapa kerana kuat tidur, seorang kanak-kanak 12 tahun memilih belebas tingkap di biliknya tingkat lima di sebuah pangsapuri sebagai tempat tidur dan tidak mahu diganggu.

Kejadian yang berlaku di Jiangkou, wilayah Guizhou di selatan China Rabu lalu melibatkan seorang kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya, memakai baju tidur kuning dan berbaring dengan tangan mendakap dada di atas sebuah belebas tingkap betul-betul sesuai dengan ukuran panjang tubuhnya.

Mujur, beberapa orang penduduk yang menyedari kejadian tersebut segera menghubungi pihak berkuasa bagi menyelamatkan mangsa, lapor South China Morning Post.

Jentera bomba tempatan yang dikerah tiba beberapa minit kemudian untuk membawa turun kanak-kanak tersebut dengan menggunakan tangga kren.


Setelah dipujuk, kanak-kanak itu berjaya didukung oleh seorang anggota bomba dan diselamatkan dari kawasan tinggi itu.

Dipercayai, kanak-kanak tersebut gemar tidur sehinggalah bapanya menegurnya untuk bangkit dari perbaringan.

Disebabkan itu, dia bertindak demikian untuk tidak kelihatan oleh bapanya selepas dimarahi kerana sikapnya yang malas dan tabiatnya itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori