Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rakyat Dah Bosan Dengan...

KUALA LUMPUR - "Perancangan rapi mereka adalah untuk mengganggu Dewan Rakyat daripada berjalan...

Guru Sebar Berita Palsu...

JOHOR BAHRU - Seorang guru tuisyen muncul antara dua individu pertama di negara...

Polis Siasat Selebriti Media...

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang selebriti media sosial...

Anis Seronok Dipanggil ‘Mummy’...

PELAKON dan penyanyi Anis Al-Idrus sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada...

Tali Gantung Tiba-Tiba ‘Ghaib’ Tak Ditemui

JAKARTA – Penduduk di sebuah perkampungan di Kalimatan Tengah gempar apabila tali gantung yang digunakan oleh seorang wanita yang baru-baru ini membunuh diri dilaporkan hilang.

Memetik sumber Borneonews, tali jerut yang tergantung pada sebatang pokok di belakang sebuah rumah di Bandar Sampit, Kotawaringin Timur itu hilang pada malam Selasa lalu selepas pihak berkuasa melawat lokasi kejadian.

“Ada pihak tak bertanggungjawab ambil tali berkenaan yang dipercayai untuk digunakan dalam ilmu hitam.

“Namun tidak tahu pihak mana yang tergamak berbuat demikian,” kata jurucakap polis tempatan, Kadek Dwi Sidhimantra seperti yang dipetik portal berkenaan.

Siasatan di lokasi juga mendedahkan, pisau yang digunakan untuk memotong tali gantung tersebut juga ‘ghaib’ dilarikan.

Wanita yang dikenali sebagai Saidah sebelum ini ditemui mati oleh penduduk kampung dengan menggantung dirinya di sebatang pohon mangga di belakang rumahnya, Sabtu lalu.

Mangsa dikatakan telah menghilangkan diri pada petang Jumaat namun akhirnya dijumpai oleh ibu mertuanya di sekitara kawasan belakang rumah mereka.


“Ibu mertua mangsa mencarinya di seluruh kawasan setinggan sehingga ke beberapa rumah jiran namun Saidah masih tidak dijumpai.

“Namun sekitar jam 10 malam, dia menemui Saidah tergantung pada phon mangga di belakang rumah beranak itu,” kata Sidhimantra.

Saidah yang juga ibu tunggal kepada dua anak itu dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan melibatkan perselisahan faham dengan bekas suaminya. – MYNESHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori