Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Mimi (ONE) Bakal Kahwini...

LAMA juga kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE),...

Sekolah Pondok Tarbayatun Nisa...

KOTA KINABALU - Sebuah asrama dua tingkat sekolah pondok Tarbiyatun Nisa di Kampung...

PKR Tuntut Datuk Dr....

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Gooi Hsiao Leung...

2 Kakitangan MBPP Ditahan...

GEORGE TOWN - Dua kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis selepas...

Tan Sri Elyas Omar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini, hari ini.

Allahyarham Elyas, 82, merupakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari 1985 hingga 1993 dengan rekod kejayaan membantu negara menjulang Piala Thomas pada 1992.

Menerusi catatan di laman sosial Facebook, anak saudaranya, Syahril A. Kadir berkata allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 malam.

“Dengan rasa sedih, ingin saya maklumkan pakcik saya yang juga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 7.15 petang tadi. Al Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan menguruskan pengebumian allahyarham Elyas namun lokasi dan masa pengebumian belum ditentukan lagi.


Allahyarham Elyas, yang dilahirkan di Pulau Pinang, menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga pada 1 November 1981 sehingga 17 September 1992 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan pada 6 Jan 2005 dan memegang jawatan itu sehingga 14 April 2008. – BERNAMA

Kategori