Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seorang Bayi Lelaki Ditemukan...

GEORGE TOWN - Seorang bayi lelaki, dipercayai baru dilahirkan, dijumpai di Blok 98,...

Isu Taman Manggis Hangatkan...

GEORGETOWN - Isu tanah Taman Manggis yang disentuh pada sesi soal jawab persidangan...

Yuran Permit Guru Persendirian...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun depan, kadar yuran permit mengajar guru persendirian di...

Bapa Arwah Adib Hantar...

KUALA LUMPUR - Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan mengemukakan representasi...

Tangan Hampir Putus ‘Disedut’ Mesin Pengisar

MIRI – Tangan kanan seorang lelaki hancur selepas tersepit pada mesin pengisar daging dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Pos, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 29 tahun ketika itu sedang bekerja di bahagian dapur hotel sebelum tangannya tiba-tiba ‘terperosok’ ke dalam mesin itu pada jam 9.50 malam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan mendapati tangan kanan mangsa tersepit pada paras pergelangan tangan.

“Semua jari mangsa hancur dan hampir putus akibat kejadian itu,” katanya.

Katanya, pihak bomba berjaya meleraikan beberapa komponen mesin berkenaan bagi mengeluarkan tangan mangsa.


“Bagaimanapun, jari mangsa masih sukar dikeluarkan dari salah satu komponen mesin itu,” katanya.

Katanya, atas nasihat pasukan perubatan, mangsa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, tangan mangsa berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian dan mangsa dilaporkan stabil. – BH ONLINE

Kategori