Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rundingan Pembebasan Konstabel Tanpa...

TUARAN - Malaysia sedang berunding dengan kumpulan penculik bagi pembebasan tanpa bayaran tebusan...

Op Ambang Tahun Baharu...

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan mengadakan tindakan pencegahan bersepadu (Op Ambang Tahun...

Hutang RM4 Juta Punca...

SONGKHLA - Motif pembunuhan ahli perniagaan Malaysia, Lee Ah Han di Hatyai pada...

PAS Tetap Mahu Akta...

KUALA LUMPUR - PAS akan terus mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan walaupun...

Tawaran Khas BN Untuk Warga Teluk Intan

BARISAN Nasional (BN) membuat tawaran khusus untuk penduduk Teluk Intan meliputi lapan perkara asas yang akan dibangunkan dan dimajukan untuk tempoh lima tahun.

Datuk Seri Mah Siew Keong, calon BN bagi kerusi P. 076 Teluk Intan mengemukakan manifesto khas untuk warga Teluk Intan itu pada 1 Mei lalu.

Manifesto BN ini dengan slogan “Majulah Teluk Intan” sekiranya dilaksanakan bakal memajukan ekonomi daerah ini, di samping merancakkan kegiatan masyarakat kawasan dengan pelbagai aktiviti yang turut menyumbang kepada ekonomi.

Perancangan ini bakal mentransformasikan Teluk Intan, memajukan semua sektor penting, meningkatkan kualiti hidup penduduk dan memberi faedah kepada segenap lapisan masyarakat.

Secara ringkasnya, lapan perkara ini bersifat menyeluruh yang meliputi pendidikan dari peringkat rendah, meningkatkan peluang pekerjaan untuk golongan belia, perumahan mampu milik, menjaga keselamatan penduduk dan menyediakan peluang aktiviti ekonomi.

“Manifesto ini mengutamakan semua lapisan masyarakat, tidak kira tua, muda mahupun pelajar sekolah selain meningkatkan peluang pekerjaan menerusi transformasi ekonomi Teluk Intan.

“Antara kandungan manifesto itu adalah menjadikan Teluk Intan sebagai hab perindustrian, membina Pusat Transformasi Bandar (UTC), menaik taraf prasarana Hospital Teluk Intan dan menyediakan kelas tuisyen percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah,” kata Mah.

Lapan perkara asas itu terdiri daripada;

1. Transformasi ekonomi Teluk Intan
2. Kualiti hidup
3. Rumah mampu milik
4. Khidmat masyarakat
5. Pendidikan
6. Masalah banjir
7. Keselamatan
8. Pelancongan

1. Transformasi ekonomi meliputi pelan menjadikan Teluk Intan sebagai hab perindustrian, dan mengembangkan industri sektor hiliran komoditi.

Perancangan ini disokong oleh usaha membaik pulih infrastruktur dan meningkatkan sambungan Lebuhraya Pantai Barat untuk memudahkan pengangkutan.

Peluang pekerjaan terutama bagi golongan belia ditingkatkan dengan program Perniagaan Kenderaan Saji (food truck) dan jualan bergerak yang disokong bimbingan dalam talian dan skim pinjaman mikro kredit.

2. Kualiti hidup rakyat dibantu dengan pembinaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), memperluas khidmat bas awam, menambah lanpu jalan di laluan Jalan Changkat Jong dan Jalan Maharajalela.

Bagi memberi kemudahan kesihatan penduduk, prasarana Hospital Teluk Intan akan dinaik taraf.


3. Memenuhi keperluan perumahan untuk rakyat, 500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina, di samping Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) dan 1,000 unit Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) sebelah jalan utama Changkat Jong.

4. Di bawah pelan khidmat masyarakat, bantuan bersasar untuk orang kurang berkemampuan, ibu bapa tunggal, dan turut membantu permohonan BR1M.

Bantuan am kebajikan pula dinaikkan antara RM300 hingga RM500, air percuma untuk golongan miskin dan rumah ibadat dan Bantuan Asas Bencana kepada mangsa musibah.

Bantuan pemulihan juga dijanjikan untuk memulihkan rumah usang.

5. Dalam sektor pendidikan, manifesto khas ini menjanjikan kelas tuisyen percuma bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

Bantuan juga diberikan kepada pelajar kurang mampu terdiri daripada pakaian seragam percuma dan baucar makanan tambahan.

6. Pelan menangani masalah banjir melibatkan penyediaan pelan jangka panjang, termasuk melebarkan dan meneruskan tebatan banjir, di samping menambah baik saliran pengairan dan perparitan di kawasan perumahan.

7. Untuk keselamatan penduduk, kawasan berisiko tinggi akan dilengkapkan kamera litar tertutup, memperkasa polis, Rela dan PKSTI.

Pondok polis di kawasan kejiranan juga akan diperbanyakkan.

8. Sektor pelancongan ialah aktiviti yang selama ini mempopularkan Teluk Intan. Pelan yang bakal dilaksanakan ialah menaik taraf Menara Condong, mencantikkan tebing Sungai Perak.

Turut dirancang ialah membina “Laluan Warisan Anson” dan “Muzium Warisan Teluk Intan” untuk memperkenalkan sejarah tempatan kepada pelancong.

Infrastruktur jeti serba guna juga dirancang, untuk kemudahan nelayan dan pelancong. – Mynewshub.cc

Kategori