Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tubuh Mahkamah Khas Rasuah...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menubuhkan mahkamah khas rasuah bagi membolehkan kes-kes rasuah dikendalikan...

Polis Lumpuhkan Rangkaian Edar...

KAJANG - Polis berjaya melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah yang menjadikan aplikasi Wechat sebagai...

Zoo Taiping & Night...

TAIPING - Zoo Taiping & Night Safari menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari...

Tindakan 14 Ketua Bahagian...

PUTRAJAYA - Tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah...

Telefon Bimbit Pemimpin BN Terima Serangan Teknikal

KUALA LUMPUR – Telefon bimbit milik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menerima serangan teknikal sejak awal pagi ini.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata pemimpin parti itu menerima panggilan dari luar negara tanpa henti.

Beliau mendakwa, tindakan itu jelas bertujuan menghalang komunikasi antara pemimpin dengan jentera parti berkenaan.

“Panggilan dari luar negara berterusan dalam tempoh beberapa saat!

“Untuk menghalang kami berkomunikasi dengan jentera parti. Ini taktik kotor!” katannya menerusi Twitter.

Seorang lagi pemimpin BN, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, berkata telefon bimbitnya menerima panggilan spam sejak awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, beliau menerima panggilan tanpa henti daripada nombor luar negara.

“Saya menerima panggilan tanpa henti sejak awal pagi, ini amat pelik,” katanya menerusi Twitter.


Yang turut menerima panggilan sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, apabila menyedari perkara itu selepas selesai mengundi.

“Baru selesai mengundi dan menyedari ada banyak panggilan tidak berjawab daripada nombor tidak dikenali. Pelik,” katanya.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beliau masih menerima panggilan pelik dari luar negara, terutama Amerika Syarikat.

“Difahamkan, ramai yang menerima spam ‘missed calls’ macam ini, pagi ni,” katanya. – BH Online

Kategori