Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pinjaman Phang Beli Banglo...

GEORGE TOWN - Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa permohonan...

Dua Lelaki Lari Dari...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki yang melarikan diri daripada lokap Balai Polis Gelang...

Wanita Adakan Pengebumian Olok-Olok

SELAMA 14 tahun, Vera Lucia da Silva bercita-cita untuk mengadakan upacara pengebumiannya sendiri...

Malaysia Airports Sahkan Entiti...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd hari ini menjelaskan bukan sesuatu yang...

“Terasa Hampir Putus Nafas Kakak” – Dedah Sari Yanti

PELAKON Sari Yanti mendedahkan bahawa dia melahirkan bayi perempuannya lebih awal daripada yang dijangkakan iaitu pada 17 Mei depan bersamaan dengan 1 Ramadhan.

Pada masa sama, isteri kepada pelawak, Jep Sepahtu itu turut mendedahkan pengalaman bersalin kali ini berbeza daripada sebelumnya.

Menurut Sari, dia berada lama di bilik bersalin dan memberi gambaran keadaannya pada saat itu bagaikan hampir terputus nafas.

Perkara itu telah dikongsi oleh Sari sendiri menerusi salah satu entri terbaharu di laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Kakak (merujuk dirinya) selamat melahirkan di usia kandungan kakak 37 minggu. Ingatkan dia keluar pada hari pertama Ramadhan. Rupa-rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutama abah dia.

“Lama betul kakak dalam bilik bersalin kali ini. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang tersayang,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

Bismillahirrahmanirrahim. Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA’ALA. -SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. . . Pada 25/4/2018 Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial . . Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu . #anakabah Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah. . . . Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa, Semangat , cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat , bimbang, panic , buntu , sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah ❤🎈 . . . Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu .untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan ‘anti’ hampir 34 tahun dulu. ❤ Terima kasih baba, mak , abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang.  Alhamdulillah dah selamat. Semoga semuanya akan beroleh bahagia ❤ Terima Kasih anak anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq – kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are ❤💋🎈 . . Terima kasih adik beradik.. keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua. 🎈 Dan terima kasih Awak Semua untuk ucapan dan doa yang baik baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan. 🌼🌹 . . ALHAMDULILLAH ❤ Assalamualaikum everyone 🌼 .. . @dariyainaraofficial @jepsepahtu

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Bagaimanapun Sari meluahkan rasa syukur kerana anaknya itu dapat dilahirkan dengan selamat selain mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan orang ramai buat mereka sekeluarga.


Malah, Sari turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang banyak memberi semangat dan menunjukkan rasa bimbang sepanjang proses kelahiran.

“Terima kasih sayang untuk doa dan semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat, bimbang, panik, buntu, sebak semua itu menjadi memori yang sangat indah,” kata Sari.

Baca: Sari Yanti Selamat Lahirkan Cahaya Mata

Juga: Dedah Wajah Anak, Jep Pilih Nama Dariya Inara

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara, Selangor.

Difahamkan, ia merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti setelah berpisah dengan bekas suaminya, Mohd. Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.

Hasil perkahwinan terdahulu, Sari dan bekas suami dikurniakan dua orang cahaya iaitu Barr Al Aly dan Basit Al Haq. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori