Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pancaran Hijau Di Perairan...

BANGKOK – Pancaran cahaya hijau yang kelihatan dari perairan Bangkok telah membingungkan seorang...

Pengusaha Di Esszone Diminta...

SANDAKAN - Para pengusaha pusat peranginan, ikan dalam sangkar dan pemilik bot nelayan...

Dipenjara 6 Bulan Kerana...

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara ke atas Vivian Lee selepas...

Umat Islam Diminta Jayakan...

ALOR SETAR - Umat Islam diseru bekerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan agenda penyatuan...

Terbuka Malaysia: Jackie Wong Lebur Rekod Kali Ke-12

KUALA LUMPUR – Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer memecah rekod kebangsaan acara itu dengan balingan sejauh 66.01 meter (m) ketika turun beraksi pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Catatan itu sekali gus memperbaharui rekod lama miliknya iaitu 65.90m yang dicipta ketika meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang turut menjadi rekod baharu temasya dwitahunan itu.

Lebih mengagumkan, meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran memecahkan rekod, kejayaan hari ini merupakan kali ke-12 atlet kelahiran Sarawak berusia 26 tahun itu memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara itu sejak kali pertama dilakukan pada 2013.

“Saya langsung tidak sasar untuk memecahkan rekod pada kejohanan kali ini sebaliknya hanya fokus terhadap teknik dan mungkin itu membuatkan saya lebih tenang untuk membuat balingan yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas acara itu di sini, malam ini.

Beliau yang gagal menyinar pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan lepas berkata tanpa dorongan daripada jurulatihnya, Gu Yuen, mungkin catatan itu tidak dapat dilakukan.

“Kali ini saya lebih tenang tidak seperti di Gold Coast di mana saya sangat gugup. Jadi apabila pulang ke tanah air saya dan jurulatih banyak meluangkan masa untuk menilai dan mengkaji teknik balingan. Kami juga melihat dari segi aspek psikologi,” katanya.


Pingat perak acara itu dimenangi atlet Kuwait, Al Jawhar Mohamad dengan catatan balingan 59.64m dan gangsa menjadi milik atlet Negeri Sembilan, Sadat Marzuqi Ajisan dengan catatan 49.10m.

Dalam pada itu, acara 4x100m yang menjadi tumpuan pada hari terakhir kejohanan ini menyaksikan kuartet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengungguli saingan lelaki dengan kepantasan 40.47 saat (s) untuk meraih emas manakala perak dan gangsa dimenangi Terengganu dan Melaka masing-masing merakam 40.69s dan 40.90s.

Sementara pingat emas bagi kategori wanita pula turut dimenangi ATM dengan catatan 46.24s diikuti kuartet Singapura (47.24s) dan Johor yang merakam 48.33s. – BERNAMA

Kategori