SEORANG lelaki di China didapati bersalah dan telah ditahan polis selama 15 hari gara-gara membuka pintu kecemasan kapal terbang yang disangka tingkap.
Memetik portal South China Morning Post, insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Mianyang Nanjiao, barat daya Sinchuan ketika lelaki tersebut tidak tahan dengan keadaan sesak di dalam kapal terbang ketika menunggu giliran untuk berlepas.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Chen, 25 tahun bertindak membuka ātingkapāĀ menyebabkan pintu dan laluan kecemasan terbuka.
Dia yang mahu kembali ke Pulau Hainan, tidak menyangka ātingkapā yang ingin dibukanya adalah pintu kecemasan.
“Disebabkan udara sangat panas dalam kapal terbang, saya hanya menolak pegangan tingkap di sebelah saya. Saya menjadi panik apabila pintu itu terbuka tiba-tiba,” katanya.
Selain ditahan polis, Chen telah didenda AS$11,000 (RM43,191) atas tindakannya itu atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan penerbangan.
Syarikat penerbangan itu, yang tidak dinyatakan identitinya kepada media, berkata ia akan bekerjasama dengan agensi keselamatan awam dalam siasatan mereka.
“Setiap kali sebelum berlepas, petugas penerbangan akan memaklumkan kepada penumpang tentang langkah keselamatan termasuklah laluan kecemasan,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu.Ā āĀ MYNEWSHUB.CC/MIZE