Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

‘Geng Abon’ Aktif Pecah...

KOTA KINABALU - 'Geng Abon' yang aktif dalam kegiatan pecah kereta di sekitar...

Bapa Rayu Derma Darah...

TAGIH SIMPATI... Kasih seorang bapa sanggup berbuat apa sahaja demi anak kecilnya. Begitulah...

Tergamam Saksi Fenomena Belalai...

PENGGUNA Jambatan Pulau Pinang 'disajikan' dengan satu fenomena alam luar biasa apabila belalai...

Forum Statut Rom Panas,...

KUALA LUMPUR ā€“ Suasana di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Universiti Malaya Kuala Lumpur...

Thailand Keluar Amaran Penularan Wabak Ebola

BANGKOK – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya yang melakukan perjalanan selepas wabak Ebola melanda beberapa negara Afrika, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Amaran CAAT merupakan susulan pengumuman antarabangsa oleh ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) selepas ia dimaklumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan penularan wabak Ebola di Congo.

Sehingga 15 Mei, sejumlah 44 kematian akibat Ebola telah dilaporkan di Congo.

CAAT memberi amaran kepada semua rakyat Thailand yang melakukan perjalanan agar lebih berhati-hati kerana WHO telah mengkategorikan penularan wabak Ebola di Congo sebagai “amat tinggi”.

Sementara itu, pihak berkuasa Congo dilaporkan melakukan saringan paling intensif ke atas penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbang Kinshasa. – BERNAMA

Kategori