Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DBKL Tawar RM35,000 Seunit...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan harga RM35,000 bagi setiap...

Penganggur Ditahan Bersama Dadah...

ALOR SETAR - Seorang penganggur berusia 35 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah...

2 Pelajar Miskin Gembira...

SHAH ALAM - Gemuruh bercampur gembira. Itu perasaan pertama dua pelajar miskin dari...

Malaysia, Indonesia Mahu Maju...

JAKARTA - Malaysia dan Indonesia bercadang memajukan kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu, Sarawak...

Tiada Niat Buka Aib, Fazley Tetap Pertahan Hak Isteri

DI SAAT ada media tempatan memaparkan pendedahan semula sisi gelap Datin Seri R0smah Mansor oleh anak kandungnya, Datin Azrene Ahmad beberapa hari lalu, kini Datuk Fazley Yakob mula buka mulut.

Baca: Anak, Menantu Rosmah ‘Amuk’ Di Media Sosial

Sebagai suami, Fazley yang turut merupakan penyanyi itu menjelaskan bahawa pendedahan yang dilakukan oleh mereka berdua bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana-mana individu.

“Apa yang saya dan isteri saya kongsikan di Instagram kami semalam, bukanlah untuk membuka aib sesiapa.

“Sebaliknya ia adalah untuk menjawab persoalan yang bertubi-tubi diajukan kepada kami sepanjang 13 tahun saya berumah tangga dengan isteri,” katanya melalui satu video yang dimuat naik semalam.

Mereka suami isteri turut menerima banyak hentaman daripada netizen yang beranggapan bahaawa tindakan itu seperti satu perkara yang tidak patut.

Hal ini kerana apa yang diceritakan oleh mereka itu ialah urusan peribadi keluarga yang sepatutnya tidak diketahui oleh orang awam lebih-lebih lagi dalam keadaan hangat seperti sekarang.


Dalam masa yang sama, Fazley turut berterima kasih kepada semua netizen yang membaca kenyataannya bersama-sama dengan isteri.

“Terima kasih kepada semua yang membaca ‘post’ saya dan isteri di media sosial.

“Saya ambil peluang ini untuk mendoakan kesejahteraan kita semua dan negara kita, Malaysia yang baru. Kita semua sudah bersuara,” katanya lagi.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan segala pendedahan yang dilakukaan secara tiba-tiba itu dan ada juga yang beranggapan bahawa mereka hanya mahu mencari publisiti sahaja.

Walaupun posting pertana Azrene telah dipadam oleh pihak Instagram, sekali lagi ia telah dimuat naik oleh ibu kepada empat orang cahyaa mata itu untuk dibaca oleh netizen di luar sana. – MYNEWHSUB.CC/AH

Kategori