Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3 Sungai Utama Di...

KOTA BHARU - Tiga sungai utama di Kelantan mencatatkan paras berjaga-jaga sehingga...

Etude Tarik Balik Produk...

SINGAPURA - Etude House, jenama terkenal Korea Selatan, telah menarik balik dua produk...

Pengarah Eksekutif Utusan Melayu...

KUALA LUMPUR – Utusan Melayu (M) Berhad mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Eksekutifnya Datuk...

Lelaki Kahwin Ular Tedung...

India - Macam-macam perkara pelik berlaku di dunia sekarang ini. Salah satu daripadanya...

Tiada Sebarang Dokumen dilupuskan – KKMM

“TIADA dokumen yang dilupuskan di bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sebagaimana dakwaan yang sedang tular di media sosial”.

Demikian kenyataan Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad menafikan dakwaan kononnya dokumen-dokumen sulit sedang dilupuskan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil melalui posting di laman Facebook dan Twitter mendakwa dia dimaklumkan daripada pihak tertentu,  KKMM telah atau sedang memusnahkan dokumen penting kerajaan.

“Saya telahpun menghubungi Fahmi dan menjelaskan kepada beliau mengenai perkara ini. Beliau akan membetulkan kenyataan beliau tersebut,” kata Sharifah yang juga kesal dakwaan yang tidak benar itu telah dikongsi ramai netizen di kedua-dua platform media sosial tersebut.

Tegas Sharifah, beliau amat memandang serius sekiranya terdapat ketidakpatuhan peraturan yang dilakukan oleh mana-mana pegawai berkaitan perkara berkenaan.

Malah katanya, sebaik saja kembali dari menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin lalu, beliau terus mengadakan mesyuarat dengan semua pegawai pengurusan tertinggi KKMM.

“Salah satu arahan tegas saya adalah supaya semua warga KKMM dilarang sama sekali memusnahkan atau membawa keluar sebarang dokumen rasmi dari premis kementerian.


“Saya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib sekiranya didapati ada warga KKMM yang melanggar peraturan berkaitan dengan perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, pintu masuk utama ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dikawal ketat dan tiada sebarang dokumen yang dibenarkan untuk dibawa keluar tanpa kebenaran yang sah.

Semalam, turut dikenakan tindakan yang sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikawal ketat oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan dokumen sulit dan penting dibawa keluar dari pejabat. -MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

  • Lagi berita berkaitan:
  • KKMM

Kategori