SEORANG wanita yang dihalang ke tandas oleh pekerja di sebuah restoran disebabkan kelakuan buruknya sebelum ini, telah melakukan protes dengan berak di depan kaunter bayaran restoran terbabit,
Kejadian itu berlaku di restoran Tim Horton, iaitu sebuah rangkaian restoran makanan segera di Kanada.
Wanita yang tidak dinamakan itu telah ditangkap polis.
Dalam rakaman CCTV di restoran itu, wanita tersebut telah menjerit dan memarahi pekerja restoran terbabit kerana tidak dibenarkan ke tandas.
Dia kemudiannya melondehkan seluar lalu mencangkung dan berak di situ juga ketika pekerja restoran tersebut cuba memujuknya.
Selepas membuang najis, dia kemudian mengutip najis berkenaan di atas lantai dan membalingnya ke arah pekerja restoran tersebut.
Wanita itu kemudian mengambil tisu dan mengelap punggungnya sebelum membaling tisu terbabit kepada pekerja itu, yang ketika itu sudah melarikan diri ke tempat lain.
Kejadian itu bagaimanapun tidak disaksikan oleh pelanggan lain kerana terdapat pengadang yang memisahkan tempat makan dengan kaunter. – MYNEWSHUB.CC