Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

15 Pemancing Hilang Selepas...

LANGKAWI - Lima belas pemancing dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam...

Kerajaan Kaji Cadangan Mansuhkan...

PETALING JAYA - Kerajaan akan mengkaji cadangan memansuhkan Biro Tatanegara (BTN) yang dikemukakan...

Bank Negara Rendahkan OPR...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan mengurangkan...

Asyraf Wajdi Harap Ustaz...

PASIR PUTEH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf...

Tidak Putus, Idris Sedang Pilih Tarikh Sesuai

TANGGAL 20 Januari lalu sepatutnya menjadi tarikh bersejarah bagi pelakon kacak Idris Khan tetapi disebabkan beberapa perkara, majlis perkahwinannya itu telah ditangguhkan.

Baca:Idris Khan Nikahi Sanaa Jeljalane Januari Depan

Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan menafikan ura-ura mengatakan kononnya dia dan kekasihnya, Sanaa Jeljalane telah membawa haluan masing-masing.

“Kami masih bersama. Macam saya pernah katakan sebelum ini, kalau ada tarikh baru saya akan berkongsi kepada semua.

“Cuma, buat masa sekarang saya masih cari waktu sesuai ditambah pula ada beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan termasuk urusan dokumentasi bakal isteri yang berasal dari Maghribi,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.

Sanaa merupakan seorang gadis kelahiran Maghribi dan berusia 27 tahun manakala Idris pula dilahirkan di Libya. yang secara kebetulan kedua-dua negara Arab Islam itu terketak di bahagian utara benua Afrika.

Mengikut perancangaan kali kedua, pasangan sama cantik sama padan itu dikatakan bakal disatukan pada penghujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan.

“Insya Allah, kalau segalanya dipermudahkan saya merancang untuk bernikah hujung tahun ini atau awal tahun depan. Apa yang pasti, majlis tetap ada.

“Apa pun, saya berharap peminat mendoakan yang baik-baik saja untuk saya dan pasangan,” ujarnya lagi.


Bagaimanapun, sebelum ini mereka sepatutnya disatukan apda penghujung tahun lalu tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, majlis tersebut terpaksa ditunda kepada 20 Januari lalu.

Namun, sekali lagi majlis pernikahan itu terpaksa ditunda kepada tarikh lain.

Sebelum ini, pelakon drama Pinggan tak Retak, Nasi Tak Dingin itu mahu melangsungkan perkahwinan di negara kelahiran bakal isterinya iaitu di Maghribi.

Tetapi, selepas mendapatkan nasihat dan pandangan daripaada ahli keluarga yang lain, dia mengakui bahawa majlis pernikahan itu perlu dilakukan di Malaysia disebabkan Sanaa bukanlah rakyat negara ini.

Selepas berkahwin, mereka akan terus menetap di Kuala Lumpur dan bakal menceburi bidang perniagaan tanaman jagung bijian. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori