Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sabah Gantung Sementara Semua...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua penerbangan...

Annuar Musa Umum Tanding...

KETUA Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan bertanding berdepan Datuk Seri Mohamad...

5 Rumah Di Flat...

PETALING JAYA – Beberapa unit rumah di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras...

Rasuah: Pegawai Kanan Bomba...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bomba kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Tiga Khabar Gembira Jika BN Menang PRU14

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga khabar gembira kepada rakyat Malaysia sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), esok.

Perdana menteri berkata semua golongan muda negara yang berumur 26 tahun dan ke bawah, akan diberikan pengecualian cukai pendapatan bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta.

Beliau berkata ini sekali gus bermakna, bagi cukai pendapatan yang telahpun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada golongan berkenaan.

“Saya tahu orang muda memerlukan wang yang mencukupi, maklum sahaja nak beli kereta, nak sewa rumah, perbelanjaan sebagainya, nak bagi duit kepada ibu bapa. Sebagai kerajaan begitu prihatin, pertama kali dalam sejarah mereka yang berumur 26 ke bawah tidak perlu bayar cukai,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, malam ini.

Berucap di hadapan rumah kayu yang dibina ayahandanya yang merupakan perdana menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Pekan, Pahang, Najib turut mengumumkan cuti peristiwa khas selama dua hari berturut-turut iaitu pada 14 dan 15 Mei ini iaitu pada Isnin dan Selasa depan, manakala bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, akan diberi cuti pada Ahad dan Isnin (13 dan 14 Mei).

Najib berkata cuti itu sebagai tanda terima kasih bagi menghargai perit jerih jentera pilihan raya bukan sahaja BN tetapi pembangkang serta rakyat keseluruhannya.

“Gunakanlah dua hari cuti ini bersama keluarga untuk rapatkan hubungan dalam keluarga, dan buatlah persiapan Ramadan yang sebaik-baiknya bersama keluarga tersayang,” katanya disambut sorakan hadirin yang hadir.


Berita gembira ketiga, Najib mengumumkan tidak ada sebarang bayaran tol akan dikenakan kepada para pengguna lebuh raya di seluruh negara selama lima hari bersempena Hari Raya Aidilfitri 2018 ini bermula dua hari sebelum perayaan itu sehingga hari raya ketiga.

Katanya, ketiga-tiga pengumuman itu selain apa yang telah diumumkan menerusi manifesto BN sebelum ini, membuktikan bahawa Malaysia bukan sebuah negara bankrap atau gagal seperti yang dimomokkan pembangkang, sebaliknya merupakan sebuah negara berjaya.

“Kita tidak perlu diselamatkan kerana Malaysia merupakan negara berjaya. Saya sebagai perdana menteri mahu rakyat Malaysia hidup dalam riang dan gembira… I want all Malaysian to wake up to a happy Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Kategori