Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak Kambing Hilang, Pengembala...

WASHINGTON DC - Seorang pengembala kambing Franktown di Colorado, Amerika Syarikat (AS) sanggup...

Budak Perempuan 16 Bulan...

KUALA NERUS: Seorang budak perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak...

“Jangan Takut Bercakap Benar”...

KUALA KUBU BHARU - Umno akan menjadi lemah jika ahli-ahlinya hanya bersikap 'mengangguk'...

Pengkritik Kecewa Dengan Finale...

KUALA LUMPUR - Menamatkan 24 tahun kejayaan yang panjang  bukanlah kerja mudah.Selepas mendapat...

Tingkap Kokpit Pecah, Pesawat Mendarat Cemas

TINGKAP kokpit yang pecah secara tiba-tiba menyebabkan sebuah pesawat membawa 128 orang membuat pendaratan cemas di barat daya China hari ini.

Menurut akhbar tempatan, ketika kejadian pesawat Airbus A318 milik syarikat penerbangan Sichuan Airlines itu sedang dalam penerbangan ke Lhasa di Tibet dari bandar Chongqing.

Juruterbang terpaksa mengubah haluan ke bandar Chengdu di wilayah Sichuan sejurus selepas tingkap kokpit pecah yang mencederakan pembantu juruterbang serta seorang kru.

Pengurusan Penerbangan Awam China dalam satu kenyataan berkata, insiden tersebut berlaku ketika pesawat terbabit melepasi Chengdu.

“Pembantu juruterbang itu mengalami kecederaan di bahagian muka manakala kru itu cedera ringan ketika pesawat mula mendarat,” katanya.

Seorang penumpang wanita yang tidak dimaklumkan identitinya memberitahu kemalangan itu berlaku sekitar sejam selepas pesawat berlepas.


“Kami tidak tahu apa yang berlaku kepada juruterbang, kami berhutang kepadanya untuk menyelamatkan semua orang dan bimbang dia,” ujarnya.

Punca insiden tersebut masih lagi dalam siasatan.

Sebanyak 119 penumpang dan sembilan kru kapal berada dalam pesawat tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori