Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

UMNO, BN Sabah Masih...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak pernah berada...

CEO Rayani Air Sedia...

PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran bersedia untuk melepaskan...

Polis Jejak Dua Bekas...

PUTRAJAYA - Polis sedang menjejaki dua bekas pekerja sebuah taska di Presint 15...

3 Individu Terbabit Kehilangan...

Sepang : Tiga individu yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes kehilangan remaja...

TLDM Teruskan Pelan Pentadbiran Terdahulu

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meneruskan segala pelan termasuk Program Transformasi 15 ke 5 yang dirancang dan dilaksanakan sewaktu pentadbiran kerajaan terdahulu bagi memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan negara untuk jangka masa panjang.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan yang baharu Mohamad Sabu yang menyambut baik pelaksanaan pelan tersebut.

“Beliau (Mohamad) komited dari segi kebajikan warga TLDM yang perlu dititikberatkan.

“Aspek peralatan tentera termasuk kapal perlu diganti dan ditambah turut menjadi agenda dan pemikiran beliau (Mohamad). Ini adalah satu semangat yang kita perlu kukuhkan dan kita dapat memberikan yang terbaik kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyaksikan majlis serah terima tugas antara Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Mohamad Roslan yang merupakan Panglima Armada Barat ke-22 bakal menjalani tempoh peralihan sebelum menamatkan perkhidmatannya pada Jun 2019.


Beliau yang menyertai TLDM pada 1978 pernah menjawat pelbagai jawatan penting termasuk Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Sarawak, KD Jerai, KD Jebat dan KD Sultan Idris I serta pernah menjadi Pengarah Perkhidmatan Sumber Manusia Markas Tentera Laut dan Asisten Ketua Staf J8 di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohamad Roslan yang menerajui Markas Pemerintahan Armada Barat sejak 2014 turut menjadikan markas itu bertaraf dunia apabila semua aset di Armada Barat terlibat dalam pelbagai eksesais bertaraf antarabangsa selain mengekalkan pencapaian markas terbaik bagi 2016 dan 2017. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

Kategori