Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pokok Tumbang Di P.Pinang...

GEORGE TOWN - Hujan lebat berserta angin kencang melanda Pulau Pinang malam ini...

Suami Isteri Mengaku Tak...

KUANTAN - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Bengang Dituduh Melacur, Vivian...

PETALING JAYA - Penulis blog kontroversi, Alvin Tan mendakwa bekas teman wanitanya, Vivian...

PKR Dakwa Penahanan Isa...

KUALA LUMPUR - Mengapa pemimpin pembangkang seolah-olah hidup dalam keadaan serba salah dan...

Tong Gas Meletup: 2 Keluarga Sehelai Sepinggang

KUALA TERENGGANU – Akibat tong gas masak meletup, 14 orang dari dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas dua buah rumah hangus dalam masa kurang dari setengah jam di Kampung Losong Hj Shafie di sini semalam.

Seorang daripada mangsa, Wan Mohd Eliyas Wan Abdul Razak, 43, berkata dia sedang berehat di dalam bilik manakala ibunya, Mahani Omar, 74, berada di ruang tamu apabila dia terhidu bau asap yang kuat dari arah dapur.

“Sebaik sahaja keluar dari bilik saya lihat ibu sudah mahu menerpa ke dapur tetapi tidak berjaya memandangkan api sudah marak dan merebak ke bumbung rumah.

“Tanpa fikir panjang, saya terus bawa ibu keluar tanpa menyelamatkan satu pun barang termasuk dokumen penting. Rupa-rupanya ibu terlupa menutup dapur gas ketika memanaskan lauk.

“Ia menyebabkan tong gas tersebut meletup dan api merebak ke rumah jiran sebelah yang juga saudara kami. Sementara menunggu rumah siap, kami berdua akan tinggal di rumah adik di Kampung Seberang Baruh yang tidak jauh dari sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melawat keluarga malang itu hari ini.

Seorang lagi mangsa, Wan Zaini Wan Jusoh, 61, berkata dia yang tinggal bersama empat anak dan enam cucu kini hilang tempat tinggal dan hanya mampu berharap bantuan kerajaan negeri supaya pembinaan rumah baharu untuk keluaganya dapat disiapkan secepat mungkin.


“Selain makcik dan suami, empat anak serta enam cucu turut tinggal di sini. Untuk sementara waktu kami akan menumpang di rumah anak makcik di Pulau Duyong, tetapi mungkin kurang selesa kerana jumlah kami agak ramai.

“Oleh itu, makcik sangat berharap kerajaan negeri dapat membina semula rumah dengan segera terutama untuk keselesaan cucu yang masih kecil dan ada yang bersekolah,” katanya.

Dalam lawatan itu Ahmad Samsuri menyampaikan bantuan segera berupa wang tunai dan barangan keperluan termasuk barangan makanan asas, tilam, bantal dan tikar kepada kedua-dua keluarga mangsa dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam semalam.

Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk membina rumah baharu bagi kedua-dua keluarga yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad. – BERNAMA

Kategori