Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wajibkan Elaun Pelajar Praktikal...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang...

Rasuah, Fitnah Mampu Hancurkan...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan...

Sampul Raya Pelbagai Rekaan...

SELAIN baju raya, biskut raya dan juadah raya yang sinonim dikaitkan dengan sambutan...

Tiada Keperluan Laporan Kajian...

GEORGE TOWN - Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd menegaskan tiada keperluan mendesak untuk...

Fernandes Mohon Maaf Atas Pandangan Bersifat Politik

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes memohon maaf kerana tunduk kepada tekanan, dan ketidaksenangan yang disebabkan oleh beliau atas pandangan bersifat politiknya dalam video sebelum ini.

Fernandes berkata beliau telah tunduk kepada tekanan yang amat kuat, bagaimanapun ia merupakan keputusan yang dibuat untuk melindungi syarikat penerbangan tersebut yang banyak memberi manfaat kepada Malaysia dan akan terus berbuat demikian kepada negara.

“Ia tidak betul, saya akan menyesal buat selama-lamanya. Saya berharap kepada Malaysia yang baharu. Malaysia yang memberi peluang kepada semua orang,” katanya dalam satu video di Facebook hari ini.

Katanya beliau menganggap ia suatu langkah yang wajar baginya untuk cuba menjelaskan apa yang telah berlaku dalam beberapa minggu yang lepas.

“AirAsia berada dalam industri yang amat terkawal — industri yang hampir segalanya memerlukan kelulusan kerajaan. Daripada penerbangan, kepada cukai lapangan terbang hingga laluan. Oleh itu, bukan mudah untuk mengendalikan sebuah syarikat penerbangan dan syarikat itu perlu sentiasa menyokong kerajaan pada masa itu.


“Saya akan melakukan yang terbaik dan berusaha 150 peratus untuk menebus kesilapan itu dan memastikan AirAsia dapat terus mengubah mimpi menjadi kenyataan,” katanya. – BERNAMA

Kategori