Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Serik Berumah Tangga,...

GAGAL menerusi perkahwinan pertamanya, itu bukan bermakna pelakon Izreen Azminda takut untuk kembali...

Hadi Awang Gesa Lulus...

Tindakan PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dalam Muktamar Tahunan...

Azmin Langkau Pendirian Majlis...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sekali...

Model Glamor Dipenjara, Gigit...

SEORANG model glamor yang panas baran dan menjadi samseng jalanan akhirnya dihukum penjara...

Trump Ucap Tahniah Kepada Mahathir Sebagai PM

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Rumah Putih dalam kenyataan dimuat naik menerusi akaun Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur pada Khamis, berkata Trump juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia atas penyertaan mereka dalam kempen pilihan raya yang sengit dan aman.

“AS berharap dapat terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan menyeluruh antara AS dan Malaysia serta menangani cabaran antarabangsa dan serantau,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut hubungan Washington-Kuala Lumpur sudah sekian lama terjalin antara rakyat dan rakyat yang berkongsi nilai-nilai demokrasi dan hubungan komersial.

Mahathir mencipta sejarah pada Khamis, apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua pada usia 92 tahun.


Pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, susulan kemenangan bersejarah Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu lepas. – BERNAMA

Kategori