Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kronologi Sultan Muhammad V...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah kronologi Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong...

Kerajaan Peruntuk RM38 Juta...

SANDAKAN - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM38.1 juta sebagai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk...

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-261...

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 bermula di Istana Negara hari ini dengan...

Rakan Senegara Dibunuh Kerana...

SHAH ALAM - Seorang lelaki Bangladesh dibunuh dengan kejam oleh rakan senegara semata-mata...

Trump Umum Batal Jumpa Jong-un Di Singapura

MUKTAMAD… Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan sidang puncak yang dirancang antara negaranya dengan Korea Utara dan dijadualkan di Singapura pada 12 Jun ini.

Dalam surat ditujukan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan dimuat naik ke laman sesawang Rumah Putih, Trump menulis bahawa beliau membatalkan disebabkan sikap diktator rejim negara komunis tersebut.

Pemimpin AS itu mendakwa pembatan secara mendadak itu ekoran kerenah Jong un sendiri dikatakan sengaja mencetuskan ‘kemarahan luar biasa dan permusuhan terang-terangan’ yang ditunjukkan ketika ini.

“Kami dimaklumkan bahawa sidang julung kali dalam sejarah tersebut diminta untuk diadakan oleh pihak Korea Utara tetapi itu tidak relevan bagi kami. Saya sebetulnya mengalu-alukan pertemuan dengan anda.

“Malangnya, berdasarkan kemarahan yang luar biasa dan permusuhan terbuka yang ditunjukkan dalam kenyataan terbaharu anda, saya rasa tidak sesuai, pada masa ini, untuk menganjurkan mesyuarat yang kian lama dirancang.”

“Justeru, biarlah surat ini menandakan bahawa persidangan khas di Singapura itu, demi kebaikan kedua-dua pihak, namun tidak membawa kebaikan kepada dunia, tidak akan diadakan,” tulis beliau dalam surat berkenaan.

Presiden Trump selanjutnya menekankan tentang keupayaan senjata nuklear AS, sambil berkata kepada pemimpin Korea Utara itu: “Anda bercakap tentang keupayaan nuklear anda, tetapi keupayaan nuklear kami lebih besar.


“Ia jauh lebih kuat. Saya berdoa agar kami tidak perlu gunakannya.” Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jong-un kerana membebaskan tahanan AS yang sudah tiba di pangkalan tentera dekat Washington awal bulan ini.

Trump bagaimanapun menambah bahawa sekiranya Jong-un kemudian “bertukar fikiran berhubung sidang penting” itu, pemimpin Korea Utara tersebut “tidak perlu ragu-ragu” untuk menelefon atau menulis kepadanya.

“Dunia ini dan Korea Utara khususnya, terlepas peluang baik untuk mencapai perdamaian yang berkekalan selain kemewahan dan kemakmuran,” jelas Trump. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori