Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

14,000 Polis Ditugaskan Sepanjang...

SETIU - Seramai 14,000 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang penganjuran Sukan...

Tangkap Individu Bangkit Isu...

KUALA  LUMPUR - Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti...

Tindakan Terhadap Perokok Yang...

SEREMBAN — Seramai 1,614 perokok dikenakan notis tindakan kerana merokok di tempat awam...

Pengacara Rancangan Serius Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengacara Datuk AC Mizal berkata, sudah tiba masanya untuk golongan...

Tsunami Melayu Tak Akan Berlaku Pada PRU14

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin tsunami Melayu yang dicanangkan pembangkang tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata ia berdasarkan siri ceramah pembangkang yang mendapat sambutan ramai itu hanyalah bertumpu di kawasan bukan Melayu.

“Kalau kita tengok pembangkang punya ceramah ia kebanyakan di kawasan bandar dan yang hadir itu sebahagiannya bukan orang Melayu, kebanyakannya penyokong DAP yang hadir, dan kita dapat tahu mereka juga menggunakan bas untuk membawa penyokong dari kawasan lain, jadi bukan penyokong setempat di situ.

“Saya selalu beritahu, saya tidak perlu kepada bilangan kehadiran yang besar tetapi saya ingin pengundi tempatan, orang tempatan yang hadir (ke program BN), jadi kalau kita dapat 10,000 contohnya tapi orang tempatan, lebih baik daripada kita dapat 20,000 tapi kebanyakannya orang luar,” katanya dalam program bual bicara ‘Mandat’ yang disiarkan secara langsung di TV3, semalam.

Program sejam itu dihoskan oleh Profesor Dr. Sivamurugan Pandian dan Profesor Madya Azmi Hassan.

Najib, yang ditanya kemungkinan berlakunya tsunami Melayu pada 9 Mei ini seperti mana berlakunya tsunami Cina pada PRU 2013, berkata apa yang berlaku ketika ini adalah tsunami fitnah menyebabkan BN terpaksa menghadapinya dan perlu menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat.

Perdana menteri berkata politik Malaysia berlandaskan demokrasi yang matang dan perbahasannya harus menjurus kepada rekod pencapaian, prestasi, dasar, agenda, manifesto dan hala tuju.

Namun, malangnya, Najib berkata pembangkang tidak mempunyai senjata ampuh untuk berdepan kerajaan selain menggunakan fitnah dan politik kebencian.

“Kita ambil contoh manifesto mereka, tidak mendapat sambutan dan tidak mendapat pengiktirafan oleh badan-badan antarabangsa, oleh rating agency (agensi penarafan) dan sebagainya. Tidak ada orang bercakap mengenai manifesto mereka.

“Tetapi mereka mengambil manifesto BN dengan serius, maknanya kita ada agenda, kita ada perancangan dan kita telah membuktikan bahawa selama lima tahun lepas (sejak PRU13) kita telah dapat melaksanakan beberapa janji kita sehingga 99.4 peratus, itu tahap yang begitu tinggi sekali, ada dalam bab-bab tertentu kita melebihi sasaran kita,” katanya.


Sementara itu, Najib berkata, pilihan raya ini bukanlah semata-mata untuk rakyat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi tetapi ia lebih kepada menentukan destini negara.

Justeru, katanya, pengundi perlu membuat penilaian yang teliti pada 9 Mei ini di antara kerajaan BN yang mempunyai trek rekod lebih 60 tahun mentadbir negara atau pihak pembangkang yang mempunyai banyak risiko serta ketidaktentuan dalam kalangan mereka.

“Pertama kalau pilih pembangkang mungkin akan berlaku perpecahan yang serius, mereka bukan kerajaan yang stabil sebab mereka bermusuh-musuhan berdekad-dekad lamanya, kedua mereka ada ideologi yang berbeza dan ketiga Tun Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sendiri sudah kata mereka tidak mungkin boleh laksanakan manifesto mereka dan keempat ucapan-ucapan DAP jelas membuka tembelang mereka sebenarnya bahawa ini semua adalah mainan politik mereka,” katanya.

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan sentimen menukar kerajaan seperti yang dimainkan oleh pembangkang kerana perubahan yang dimomokkan oleh pembangkang tidak semestinya akan membawa kebaikan kepada negara.

“Kita tak boleh anggap perubahan itu semestinya membawa kebaikan. Contohnya Arab Spring, mereka uar-uarkan menukar kerajaan yang dianggap diktator seperti yang berlaku di negara Mesir, Tunisia, Libya. Negara-negara ini dah lebur dah hancur kerana orang-orang muda percaya pada ubah tapi ubah tak tahu ke arah mana.

“Jadi biarlah ubah itu lebih baik dan di sini saya nampak agenda BN lebih baik daripada pembangkang. Jadi agenda kita yang boleh buat perubahan sebab itu kita laksanakan dasar transformasi negara. Jadi kita mentrasformasi negara tanpa perubahan kepimpinan negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori