Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Sumpah Saya Tak Ambil”...

KUALA LUMPUR – Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Menteri Pelancongan...

20,000 Meriahkan Rumah Terbuka...

PUTRAJAYA – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya berlangsung meriah dengan...

Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional...

PUTRAJAYA - Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional akan diadakan pada Oktober setiap tahun bagi...

Mahathir Pangkas Kepak Politik...

PETALING JAYA - Sikap membisu penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai skandal Bumiputra...

Tukang Jahit Bersengkang Mata Siapkan Baju Raya

KOTA BHARU – Busana pilihan wanita seperti kebaya, kebarung dan kurung moden kembali mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan terutamanya golongan muda dan berkerjaya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pertengahan bulan depan.

Bagi tujuan itu, rata-rata pelanggan lebih gemar menempah baju dengan tukang jahit walaupun terdapat banyak koleksi pakaian itu yang siap dijual di butik mahupun pusat perniagaan kerana mereka amat mementingkan keselesaan pakaian serta menginginkan kualiti yang terbaik.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan tukang jahit sedang giat menyiapkan tempahan pelanggan dan tidak lagi menerima tempahan baharu kerana bimbang tidak dapat disiapkan menjelang hari raya nanti.

Seorang tukang jahit, Siti Norhayati Hussin, 50, berkata berkata kebanyakan pelanggan yang datang ke kedainya adalah berkeluarga dan mereka mahu baju raya dijahit mengikut trend raya tahun ini.

“Tahun ini, saya telah mengehadkan tempahan baju raya kerana kekurangan pekerja serta mahu menjaga mutu jahitan kami agar semua tempahan dapat disiapkan sebelum lebaran,” katanya di sini, hari ini.

Siti Norhayati yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang jahitan serta memiliki kedai jahir sendiri di Kubang Kerian, kini terpaksa bersengkang mata hingga 3 pagi bagi memastikan tempahan baju raya siap pada tarikh dijanjikan.

“Harga upah bagi sepasang kebaya dan kebarung ialah RM65, baju kurung moden ialah RM55 serta baju kurung tradisional RM35, manakala baju Melayu lelaki RM130 sepasang,” katanya.


Saleha Che Mood, 49, pula berkata kebanyakan pelanggan tampil lebih berani dengan memilih warna terang dan ceria untuk pakaian raya mereka berbanding warna pastel pada tahun lepas.

Pada tahun ini beliau hanya mengambil tempahan sebanyak 120 pasang baju kerana bekerja sendirian tanpa pembantu.

“Saya hanya mengambil tempahan daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja kerana kesuntukan masa dan bimbang tempahan gagal disiapkan sebelum raya,” katanya. – BERNAMA

Kategori