Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mengaku Tak Bersalah Pengubahan...

KEMAMAN - Seorang bapa tunggal anak tiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Ribut Petir Sehingga 6...

PETALING JAYA : Ribut petir serta hujan dijangka dialami di beberapa kawasan termasuk...

Kos Sara Hidup Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pengguna bersetuju bahawa peningkatan kos sara hidup yang menjadi...

Antara 200 Hingga 300...

PUTRAJAYA - Antara 200 hingga 300 pembekal akan terlibat dalam Kedai Rakyat 1Malaysia...

Tun Abdullah Adalah Tokoh Pemimpin Sejati Negara

KEPALA BATAS – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan tokoh pemimpin negara dan UMNO yang sejati kerana tidak pernah berganjak menyokong Barisan Nasional (BN) sama ada ketika susah atau senang, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tun Abdullah sedar selagi ada BN, perjuangan kita selama ini (membela rakyat) dapat diteruskan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pemimpim Bersama Rakyat Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata Abdullah yang juga bekas Anggota Parlimen Kepala Batas boleh menerima perbezaan pendapat dengan mana-mana pemimpin tetapi mengambil pendekatan seperti dituntut Islam iaitu bermusyawarah.

“Berbeza pula dengan seorang lagi bekas pemimpin parti (Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang sampai mahu bakar rumah kita (BN dan UMNO) sedangkan ini rumah yang kita bina bersama-sama, rumah yang memberi perlindungan kepada kita daripada terik panas matahari,” katanya.

Perdana Menteri juga meminta anggota BN jangan sesekali membenarkan Dr. Mahathir meruntuhkan rumah (BN dan UMNO) yang dibina kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk membela rakyat.

Beliau turut mengingatkan rakyat bahawa Dr. Mahathir bukan lagi mencerminkan atau membawa ‘wajah’ masa depan negara.

Katanya rakyat tidak seharusnya hidup dalam ‘nostalgia’ dengan mengenang zaman 22 tahun pemerintahan pemimpin gabungan pembangkang PKR berkenaan.


“Takkan kita mahu terus hidup dalam nostalgia, sedangkan kita ada banyak perancangan untuk bergerak ke depan, untuk memacu kejayaan dan mengangkat martabat Malaysia supaya sama dengan negara paling maju,” katanya.

Beliau berkata rakyat perlu bersama dasar-dasar BN untuk membawa negara ini ke arah masa depan yang lebih baik iaitu setanding dengan negara-negara maju.

Antara pemimpin BN yang turut hadir termasuk calon Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman; Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dan calon-calon BN negeri. – BERNAMA

Kategori