Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Remaja Biadab, Pijak Al-Quran...

KOTA BHARU - Seorang remaja perempuan bertindak biadab meminjak senaskah al-Quran gara-gara mahu...

Dollah Puashati Percaturan Taktikal...

SINGAPURA - Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berpuashati dengan keputusan saat-saat akhir...

Takkan Nak Biar Harta...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof...

Lima Ditahan Main Judi...

SEREMBAN - Lima orang termasuk dua dari Selangor ditahan kerana bermain judi haram...

Tun M Bertemu Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan mesyuarat pertama dengan pegawai kanan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat peringkat tertinggi dengan pegawai kanan perkhidmatan awam.

Mesyuarat berkaitan pelaksanaan 10 janji 100 hari itu yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, semua ketua setiausaha dan ketua pengarah kementerian, diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, yang menempatkan pejabat Dr. Mahathir selaku presiden kehormat yayasan itu.

Sebelum mesyuarat itu, Dr. Mahathir mengadakan pertemuan empat mata dengan Ali.

Menurut laporan semalam, Dr. Mahathir berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua setiausaha kementerian untuk menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baharu.

Gabungan Pakatan Harapan diketuai Dr. Mahathir berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh kejayaan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun. – BERNAMA

Kategori