PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra kira-kira jam 8.20 pagi bagi menghadiri perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Hasmah Ali.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Seri Mohd Zuki.
Sebaik Tun Dr. Mahathir naik ke atas pentas, warga JPM bertepuk tangan bagi mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri itu.
Perjumpaan pagi ini adalah pertemuan pertama Tun Dr. Mahathir bersama penjawat awam khususnya warga JPM. – BH ONLINE