Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Banjir Melimpah Ke 9...

KUALA LUMPUR : Jumlah mangsa banjir di 35 daerah di sembilan negeri terus...

Staf KPDNKK Dikecam, Berfoto...

MEMALUKAN dan tidak sensitif! Itu yang boleh dikatakan terhadap perbuatan sekumpulan penguatkuasa Kementerian...

Kes Demam Denggi Di...

SHAH ALAM - Kes demam denggi di Selangor menunjukkan trend penurunan sepanjang tempoh...

7 Adun PH Cadang...

Pakatan Harapan (PH) Sabah menyarankan agar satu kerajaan perpaduan dibentuk di negeri itu...

Ucapan Hari Lahir Diana Buat Suami Sentuh Hati Netizen

UCAPAN pelakon Datin Diana Danielle kepada suami, Datuk Farid Kamil di Instagram bersempena hari lahir aktor itu baru-baru ini cukup romantik.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson turut memuat naik gambar ragam mereka sekeluarga di laman sosial.

Menerusi entri berkenaan, Diana menyifatkan Farid sebagai seorang suami yang terbaik untuk dirinya dan bapa yang penyayang buat dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Selamat hari jadi kepada bapa terbaik yang diinginkan oleh mana-mana anak! Saya hargai betapa kasihnya awak terhadap anak-anak kita dan bagaimana awak selalu menjaga mereka – kalau anak jatuh dia lari dulu. Refleks pun bagus kadang-kadang anak baru nak tergolek dia dah sambut. Dia dulu yang panik dan dia dulu yang cepat bertindak,” tulis Diana.

Happy Birthday to the best dad any child could ask for! ❤ I love seeing how much you love our kids and how you’re so protective of them, kalau anak jatuh dia lari dulu, reflex pun bagus kdg2 anak baru nak tergolek dia dah sambut, dia dulu yg panic dan dia dulu yg cepat bertindak, bila I get mad at the kids Farid would sometimes have to walk out of the room because he has such a soft heart dia tak tahan to witness me being mommy monster, and if he marah his kids he would feel really bad afterwards even though he knows it’s what he has to do. This is a love that would cross an ocean of fire and This is why I love you very much. You’re a great dad and a great husband yang sentiasa sokong apa yang I & anak-anak nak buat. Selamat ulang tahun, semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya, may success and peace of heart always surround you. ❤❤❤❤

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

Malah, pelakon cantik itu turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki lelaki yang sangat mencintai akan dirinya selain mendedahkan Farid sebenarnya seorang yang sangat mengasihi anak-anak.

Katanya lagi, Farid juga mudah tersentuh apabila dia memarahi Muhammad atau Aurora jika ada di antara mereka yang melakukan kesalahan.


“Ini adalah rasa kasih yang mampu menyeberangi lautan api dan kerana itu saya sayangkan awak. Awak adalah seorang bapa dan suami yang hebat dan sentiasa menyokong apa yang saya dan anak-anak lakukan.

“Selamat ulang tahun, semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Semoga kejayaan dan ketenangan hati sentiasa berada di sisi awak,” katanya.

Kata-kata ‘bersemut’ itu mendapat perhatian dalam kalangan netizen yang menganggap ucapan itu sangat manis selain mendoakan mereka terus kekal bahagia.

Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori