Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Awang Adek Dilantik Jadi...

PUTRAJAYA : Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti...

Malaysia Antara Negara Tertinggi...

BATU PAHAT - Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan indeks kematian akibat kemalangan...

Lima ‘Mat Rempit’ Dijel...

SHAH ALAM : Perbuatan lima ‘mat rempit’ bersahabat ‘merempit’ di lebuh raya tahun...

Tiga Jemaah Haji Kumpulan...

Sepang : Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan tiga daripada 298 jemaah haji kumpulan...

Ujian Bulan Ramadan, Sherry Gagah Teruskan Bisnes

KEDATANGAN bulan Ramadan tahun ini benar-benar memberi ujian kepada pelakon Sherry Ibrahim apabila pada mulanya pejabatnya telah dimasuki pencuri dan baru-baru ini pula, sebanyak tiga kotak tudung jenama Sherry Scarves didapati hilang.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim telah dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa tiga daripada 21 kotak tudung berkenaan telah hilang semasa mereka dalam perjalanan.

“Baru dua minggu lepas lapan telefon di pejabat kena curi, hari ini pula kes lain. Petang tadi dapat call saya diberitahu tiga kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung hilang.

“Ia berlaku ketika dalam perjalanan ke kedai. Kotak-kotak selebihnya berada dalam keadaan basah,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Baru 2 minggu lepas 8 handphone dalam office kene curik… Hari ini another kes.. 😢. Sedih dah Redha dengan ape yg berlaku hari ini. Petang tadi dapat call & diberitahu 3 kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung SherryScarves HILANG dalam perjalanan ! Dan yang kotak2 selebihnye semue dalam kedaan basah . Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35K ( Jumlah scarves sebanyak 312 Helai ) . It’s okay , ini adalah dugaan untuk Sherry dan team SherryScarves . Tak semue yang sanggup nak susah untuk mencari dan mendapat rezeki yang halal. Maybe itu cara sesetengah golongan yang nak hidup senang😔 Sedih memang sedih tapi apa2 pun Sherryscarves akan bawak stock yang cukup untuk orang2 Brunei sempena event Letop Lebaran 2018 in few days time. I tak nak sedih2 and down sebab first time nak ke Brunei dan perasaan excited lebih dari nak tibe2 sad .. Well I believe setiap yg berlaku pasti ade hikmahnye. ALLAH swt sayang kite bile die sentiasa uji kite ☺💪🏼 WE WILL NOT GIVE UP ! Go @sherryscarves ! . #sherryscarves #letoplebaran2018

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Laporan polis kali kedua turut telah dibuat oleh Sherry di Balai Polis Bukit Puchong pada petang semalam.

Sebanyak kira-kira RM35,000 kerugian terpaksa ditanggung oleh pelakon berusia 33 tahun itu selepas dia kehilangan sebanyak 312 helai tudung yang terdapat didalam tiga kotak yang ‘ghaib’ itu.


“Tak semua orang sanggup nak susah untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin itu cara segelintir orang untuk hidup senang,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Sherry ada mendedahkan bahawa pejabat jualan dalam talian Sherry Scarves telah dimasuki perompak dan nasib menyebelahi dirinya apabila kamera litar tertutup CCTV di kedainya dapat menangkap dengan jelas wajah individu tersebut.

Assalamualaikum semua, . Mohon Sebarkan: . Semalam 14 Mei 2018 pejabat jualan online Sherry Scarves di Gombak telah di masuki PENCURI dan 9 biji telefon bimbit telah di curi. . Telefon bimbit tersebut sangat penting kerana memililki simpanan data pelanggan yang kami usahakan selama ini. . Record CCTV telah merakam lelaki ini memasuki pejabat dan melarikan telefon bimbit tersebut. . Kami mengharapkan bantuan anda semua mudah2an dapat di tangkap atau suspek menyerah diri memulangkan telefon bimbit berkenaan.Dan suspek juga memang ada banyak kes2 lain sebelum ini. . Laporan Polis telah di buat👮🏻‍♂️⚖ . Bagi yang mempunyai maklumat boleh whatsapp En. Zali – 016 411 4020 . Terima kasih atas bantuan semua & please share 😭

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Oleh itu, pelakon drama Syurga Yang Kedua itu telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis serta mendedahkan foto individu tersebut bertujuan untuk meminta bantuan daripada masyarakat umum.

Akibat insiden pertama itu, Sherry telah kehilangan sebanyak sembilan buat telefon bimbit yang di dalamnya menyimpan data ramai pelanggan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori