Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Lelaki Maut Kereta Dipandu...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung...

Ismail Sabri Ketua Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai...

Keputusan Rayuan Kemasukan Sekolah...

PETALING JAYA – Keputusan rayuan kemasukan ke sekolah khas bagi pelajar tingkatan 1...

Nelayan Rugi RM80,000, Bot...

MELAKA - Tujuh nelayan kerugian kira-kira RM80,000 setelah bot, enjin dan beberapa peralatan...

UMNO Perlu Muhasabah, Terus Berjuang Demi Rakyat

SUSULAN kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, UMNO kini perlu bermuhasabah terhadap keputusan tersebut dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kekalahan yang berlaku itu pasti ada hikmahnya tersendiri .

Justeru Asyraf menggesa supaya parti berkenaan bersatu dan kini kembali kepada falsafah dan asas perjuangan pada awal penubuhannya dahulu.

“Mungkin hikmah di sebalik ujian Allah ini adalah untuk memastikan UMNO kembali kepada falsafah dan asas-asas perjuangannya yang asal sekali gus memperbaiki segala kelemahan dan kebobrokan lantaran kelekaan dan kelalaian diri sendiri.

“Justeru UMNO perlu bangkit dari kekalahan ini dengan jiwa yang lebih besar, jatidiri yang kental dan semangat juang yang tinggi demi menjamin hak dan suara rakyat benar-benar dipelihara dan dimartabatkan,” katanya.

Asyraf berkata demikian menerusi satu entri di laman Facebooknya selepas seminggu rakyat membuat keputusan mengubah lanskap politik negara dengan memilih kerajaan baharu.

Jelasnya, orang ramai kini mula membicarakan mengenai masa depan UMNO dan tidak kurang juga mula berasa gundah mengenai perjuangan parti itu sehingga mengambil keputusan meninggalkan bahtera perjuangan.

Asyraf juga mengingatkan bahawa UMNO masih lagi parti terbesar yang mewakili umat Islam dan Melayu, satu fakta yang perlu diperakui oleh semua orang.


Oleh itu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih memainkan peranan penting untuk memastikan suara rakyat didengari dan menjadi pembangkang yang dihormati.

“UMNO masih mempunyai 54 kerusi dan didokong lebih 3.5 juta rakyat dalam PRU-14. Berbanding PH yang dikuasai 73 kerusi bukan Islam dan Melayu hanya 41 kerusi mewakili Islam dan Melayu.

“Ini bermakna perjuangan UMNO selaku parti utama yang mewakili umat Islam dan Melayu masih penting dan relevan. Bersama komponen lain, BN masih mempunyai 78 kerusi.

“Amat penting untuk UMNO dan BN memastikan suara rakyat terus dibawa sekurang-kurangnya sebagai anggota pembangkang yang efektif, dihormati dan menjadi pengimbang dalam memastikan negara terus dipacu dengan gemilang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Asyraf berkata bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz turut memperakui bahawa asas-asas ekonomi negara amat kukuh dengan lanskap makro ekonomi dan fiskal yang stabil.

Justeru, sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan menunaikan segala janji yang telah ditetapkan dalam manifesto kepada rakyat demi kelangsungan kegemilangan negara. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori